awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hael Husaini kini jadi pelakon!

Gempak
Gempak
20/09/2023
04:00 MYT
Hael Husaini kini jadi pelakon!
My Famous Ex Boyfriend adalah sebuah drama yang diadaptasikan daripada 'best selling novel', hasil karya Nurul Syahida Kamarudin, yang bertajuk Petrichor. - Gempak
HAEL Husaini sentiasa mencuri tumpuan khalayak bukan sahaja dari hasil karya nyanyiannya tetapi juga personalitinya.
Dan kali ini pasti tumpuan akan diberikan lagi kepada penyanyi ini kerana buat perdana kalinya Hael bergelar pelakon selepas 17 tahun berportfolio sebagai penyanyi dan komposer.
“Saya ingin mencuba perkara baru dalam industri seni dan lakonan merupakan cabang yang belum saya ceburi. Ini membuatkan saya teruja.
"Saya sanggup untuk menjalani kelas lakonan hanya untuk drama My Famous Ex Boyfriend yang ditawarkan oleh pihak Astro ini,” ujar Hael yang akan membawakan watak Haque Zuhal dalam drama arahan Hadith Omar tersebut.
Walaupun khalayak sedia maklum bahawa jadual penyanyi Jampi ini sangat padat, namun ini bukanlah satu halangan buat Hael untuk menjayakan drama ini.
“Hael telah menolak pelawaan beberapa pengarah sebelum ini, namun terpanggil dan bersetuju untuk menerima drama ini kerana kesesuaian watak yang diberikan dengan diri Hael sendiri,” tambahnya yang turut berdebar menunggu respon peminat terhadap lakonan sulungnya ini.
My Famous Ex Boyfriend adalah sebuah drama yang diadaptasikan daripada 'best selling novel', hasil karya Nurul Syahida Kamarudin, yang bertajuk Petrichor.
Mengisahkan Sameera yang menjadi kekasih kepada Haque Zuhal yang merupakan remaja kegilaan ramai perempuan namun hubungan tersebut putus di tengah jalan.
Turut membintangi drama ini adalah Nadhir Nassar dan Qasrina Karim.
Drama arahan Hadith Omar ini, bakal ditayangkan dalam slot Megadrama di saluran Astro Ria. - Gempak
Topic Berkaitan
#Hael Husaini
#My Famous Ex Boyfriend
#pelakon
#penyanyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan