PELAKON Eiffel, I'm in Love dan Eiffel, I'm in Love 2, Saphira Indah meninggal dunia dalam keadaan dirinya hamil enam bulan pada Rabu di Jakarta, Indonesia.
Saphira, 32, dilaporkan media tempatan mengalami sesak nafas selama lima hari sebelum dibawa ke hospital.
Suami pelakon itu, Rico Hidros Daeng berkata, keadaan isterinya itu bertambah kritikal pada hari kelima sbeelum menghembuskan nafas terakhir.
“Sebenarnya dia hanya sesak nafas biasa. Tetapi pada hari kelima, keadannya bertambah teruk. Dia mengalami masalah pernafasan,” katanya ketika ditemui di Tanjung Priok, Jakarta Utara pada Khamis.
Saphira yang membawa watak Uni dalam filem yang menjalani penggambaran di kota Paris itu juga dikatakan amat mengambil berat kesihatan dirinya yang sedang hamil anak kedua.
Menurut Rico, Saphira juga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ganjil atau sebagainya.
“Tiada keluhan sakit yang teruk kerana setiap bulan, dia tidak pernah mengabaikan pemeriksaan kesihatan, malah makan minumnya turut dijaga rapi.
“Ajal datang dalam pelbagai cara. Kadang-kadang orang yang sedang duduk pun boleh meninggal dunia. Jadi kita tidak mampu untuk jangka bila kita akan mati,” katanya.
Jenazah Saphira dikebumikan di Tanah Perkuburan Budi Darma, Tanjung Priok, Jakarta Utara pada pukul 10 pagi (waktu Indonesia Barat) Khamis.
Selain siri filem Eiffel I'm In Love, aktres itu juga berpeluang membintangi beberapa buah filem lain antaranya Virgin 3: Satu Malam Mengubah Segalanya (2011), Poconggg Juga Pocong (2011), Rumah Kosong (2014) dan Villa 603 (2015).
Agensi
Thu Jan 31 2019
Pelakon Eiffel, I'm in Love dan Eiffel, I'm in Love 2, Saphira Indah meninggal dunia pada Rabu di Jakarta, Indonesia. - Gambar fail
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Current climate change has left a significant impact on the health of the planet. Therefore, global at this time gives special focus on energy transition efforts. Head of Centre for Energy and Materials; Member of the Executive Committee, World Economic Forum, Roberto Bocca shares on this at the World Economic Forum from Riyadh, Saudi Arabia.
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
Suami doa Saphira dikurnia husnul khatimah
Suami kepada pelakon Saphira Indah, Rico Hidros Daeng mengharapkan Allahyarham isterinya meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah.
Hamil enam bulan, pelakon Eiffel I'm In love Saphira Indah meninggal dunia
Pelakon Eiffel, I'm in Love dan Eiffel, I'm in Love 2, Saphira Indah meninggal dunia dalam keadaan dirinya sedang hamil enam bulan semalam di Jakarta, Indonesia.