awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir setahun bercerai, bekas isteri Tegar Septian bernikah kali ketiga

Gempak
Gempak
23/05/2023
04:31 MYT
Hampir setahun bercerai, bekas isteri Tegar Septian bernikah kali ketiga
Sarah mendedahkan punca perceraiannya dengan Tegar adalah disebabkan masalah kewangan selain mendakwa Tegar berlaku curang. - Gempak
SETELAH hampir setahun bercerai, bekas isteri kepada penyanyi Tegar Septian iaitu Sarah Sheilka membuat kejutan dengan memberitahu yang dirinya kini sudah bernikah dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Andy.
Berita tersebut dikongsikan oleh Sarah menerusi kemas kini di Instagramnya baru-baru ini.
Menerusi kemas kini di Instagram, difahamkan Sarah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya itu pada 21 Mei lalu.
"21.05.23. It’s not a good number, but it’s a beautiful day," tulisnya.
Difahamkan juga, ini merupakan pernikahan Sarah yang ketiga.
Menerusi laporan portal Brillio, majlis pernikahan tersebut dikatakan berlangsung mewah di sebuah hotel di Bandung, Indonesia.
Pada majlis berkenaan, Sarah tampil cantik dan anggun seperti puteri raja, mengenakan gaun putih. Sementara Andy selesa menggayakan tuxedo.
Sebelum ini, Sarah dan Tegar mendirikan rumah tangga pada Mac 2020. Namun, rumah tangga yang dibina tidak kekal lama dan mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Jun tahun lalu.
Untuk rekod, Sarah mendedahkan punca perceraiannya dengan Tegar adalah disebabkan masalah kewangan selain mendakwa Tegar berlaku curang.
Hasil perkahwinan, Sarah dan Tegar dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Tegar Septian
#bernikah sekali lagi
#bekas isteri
#Sarah Sheilka
#curang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan