NEW YORK: Hantaran Taylor Swift di Instagram memecahkan rekod pendaftaran pengundi baharu dengan seramai 35,252 mendaftar pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik Vote.org.
Penyanyi "Only the Young" itu menyertai Hari Pendaftaran Pengundi Kebangsaan pada Selasa dengan menggesa peminatnya memastikan mereka layak mengundi pada pilihan raya presiden 2024.
"Saya pernah mendengar anda menyuarakan pendapat anda, dan saya tahu betapa hebatnya suara anda," tulis Swift yang turut berkongsi pautan ke platform pendaftaran pengundi bukan membuat untung.
"Pastikan anda bersedia untuk menggunakannya dalam pilihan raya tahun ini!"
Pada hari yang sama, pengarah komunikasi Vote.org Nick Morrow melaporkan mengenai impak besar hantaran Swift itu.
"Fakta menarik: Selepas @taylorswift13 menulis di Instagram hari ini menggesa pengikutnya mendaftar untuk mengundi di @votedotorg, laman sesawang kami menerima purata 13,000 pengguna setiap 30 minit. 13!" katanya di media sosial.
"Reputasinya sebagai dalang sangat berjaya!"
Tiga belas adalah nombor bertuah Swift.
Sejumlah 157,041 pengguna melawat Vote.org pada Selasa, lapor akhbar itu yang dipetik oleh Billboard.
"Pada Selasa, kami menyaksikan lonjakan 1,226 peratus penyertaan dalam sejam selepas Taylor Swift bersiaran," kata Ketua Pegawai Eksekutif Vote.org Andrea Hailey dalam satu kenyataan.
Walaupun Swift tidak memberitahu peminatnya siapa yang harus diundi dalam siaran Instagramnya, beliau sebelum ini menyatakan sokongannya kepada Joe Biden dan meluahkan rasa tidak senang terhadap calon penyandang Republikan Donald Trump, yang sekali lagi bersedia untuk mencabar presiden tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023
Penyanyi "Only the Young" itu menyertai Hari Pendaftaran Pengundi Kebangsaan pada Selasa dengan menggesa peminatnya memastikan mereka layak mengundi pada pilihan raya presiden 2024. -Gambar fail/Reuters
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Taylor Swift diabadikan dalam mural di Gelsenkirchen, Jerman
Taylor Swift kini kembali ke bandar Gelsenkirchen di barat Jerman, bukan untuk mengadakan konsert, tetapi dalam bentuk mural pada dinding sebuah bangunan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Taylor Swift sokong Kamala Harris dalam pilihan raya AS
Taylor Swift sokong Kamala Harris untuk Pilihan Raya 2024, sindir JD Vance dan seru pengundi demi hak yang diperjuangkan Harris.
Trump 'perguna' Taylor Swift tarik undi
Swift tidak pernah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap mana-mana calon dalam pilihan raya kali ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Taylor Swift: Bahan kimia, peranti teknikal ditemui di rumah suspek
Seorang suspek berusia 19 tahun didakwa merancang dengan teliti serangan terhadap konsert Taylor Swift dengan penemuan bahan kimia dan peranti teknikal semasa pihak berkuasa menggeledah kediamannya.
Tiga konsert Taylor Swift di Vienna dibatal selepas terima ancaman serangan
Pihak berkuasa mengumumkan penangkapan dua individu yang merancang melancarkan serangan di Vienna sempena konsert Taylor Swift.
Dua kanak-kanak maut, sembilan cedera ditikam di kelas tarian di utara England
Kelas tarian bertema Taylor Swift dikejutkan dengan insiden serangan bersenjata pisau oleh seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.
Dua wanita ditahan conteng jet peribadi disangka milik Taylor Swift
Dua wanita ditahan selepas menconteng jet peribadi didakwa milik penyanyi popular dunia, Taylor Swift.
'Saya bukan Swifties... Saya lebih cenderung kepada SitiZoners' - Fahmi
"Saya bukan Swifties... Saya lebih cenderung kepada SitiZoners," kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Rabu.
'Ini kos bawa isteri tengok konsert Taylor Swift'
Keseluruhannya, jumlah wang yang dibelanjakan Hendra adalah sebanyak 38,150,000 rupiah atau bersamaan kira-kira RM11,500.