Buat julung kali dalam lipatan sejarah perfileman tanah air menyaksikan filem tempatan berjaya meraih kutipan pecah panggung RM32.5 juta menerusi filem 'Hantu Kak Limah' arahan Mamat Khalid.

Jumlah kutipan tersebut yang diraih dalam tempoh 18 hari terus mencetus fenomena tersendiri dan masih rancak menerima sambutan baik oleh penonton di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Lebih membanggakan apabila filem ini berjaya menduduki carta nombor satu kutipan panggung mengatasi filem filem antarabangsa yang lain.

Malah, menariknya, ramai penonton yang sudah menyaksikan filem ini lebih dari tujuh kali. Ternyata filem ini adalah untuk hiburan sekeluarga.

'HKL' masih ditayangkan di 148 pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura.

'HKL' membariskan pelakon hebat seperti Datuk Awie, Dalimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.