awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hard Rock Cafe sesak, peminat banjiri Ella Rocking Sunday

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
23/06/2014
11:07 MYT
Hard Rock Cafe sesak, peminat banjiri Ella Rocking Sunday
Rata-rata peminat yang hadir terhibur dengan persembahan Ella pada malam itu dan mengakui durasi satu jam persembahan adalah amat singkat
Ratu Rock Ella membuktikan bahawa kemunculannya dirindui peminat muzik tanah air, apabila showcase ‘Ella Rocking Sunday’ pada malam Ahad mendapat sambutan hangat.
Showcase yang diadakan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur telah dihadiri seramai lebih 700 orang peminat menyebabkan keadaan sedikit sesak.
Rata-rata peminat yang ditemui berasa sangat terhibur dengan persembahan Ella pada malam itu dan mengakui durasi satu jam persembahan adalah amat singkat untuk mengubat kerinduan mereka.
Reaksi peminat terhadap showcase Ella di Hard Rock Cafe pada Ahad
Kali terakhir penyanyi yang popular dengan lagu Sembilu dan Dua Insan Bercinta itu mengadakan persembahan adalah sekitar 2012 iaitu ketika mengadakan persembahan bersama Awie di Istana Budaya.
Persembahan Ella, 48 diserikan dengan persembahan pembukaan oleh penyanyi Kaka dan kumpulan baru Sparrow King yang turut mengiringi persembahan Ella pada malam itu.
Ella membawakan sembilan lagu hitnya seperti Standing In The Eyes, Rama-Rama, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Layar Impian, Sembilu, Dua Insan Bercinta, dan Kesal.
Keseluruhan persembahan jelas menyaksikan peminat turut menyanyi bersama kesemua lagu-lagu popularnya.
Ella turut mendendangkan satu lagu baru ciptaan Sam Bunkface bertajuk Istimewah.
Pemain gitar kumpulan Search, Kid menjadi pemain gitar jemputan bersama-sama mengiringi persembahan Ella pada malam itu.
Dalam perkembangan lain, Ella turut merancang mengadakan konsert solonya dan percutian bersama peminat pada tahun ini.
Ella juga akan mucul dengan album terbaru terbitan Universal Music yang akan memuatkan 10 buah lagu baru termasuk single bersama artis Indonesia, Anji.
Topic Berkaitan
#Ella
#Ella Rocking Sunday
#Hard Rock Cafe Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan