PUTRAJAYA: Hari Seniman Negara yang disambut pada 29 Mei ditukar ke 22 Mac setiap tahun.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Tan Sri Annuar Musa berkata, pindaan tersebut telah mendapat kelulusan daripada Memorandum Jemaah Menteri.
"Hari Seniman Negara akan diadakan pada setiap 22 Mac iaitu bersempena dengan tarikh kelahiran Allahyarham Tan Sri P Ramlee," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
Menurutnya, signifikan perubahan tarikh sambutan Hari Seniman Negara itu adalah untuk memperingati jasa serta sumbangan P Ramlee dalam industri kreatif di negara ini.
"Ia di samping mengangkat karya-karya P Ramlee yang bukan sahaja berjaya melahirkan lebih ramai tokoh dan pakar industri kreatif malahan memperkenalkan Malaysia di mata dunia," katanya.
Beliau berkata, selain mengiktiraf kecemerlangan penggiat industri kreatif yang terlibat dalam bidang seni, Hari Seniman Negara juga disambut untuk meningkatkan kesedaran dan apresiasi masyarakat terhadap peranan seni budaya dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang memiliki jati diri serta menghargai seni budaya negara tanpa mengira bangsa khususnya ke arah penyatuan Keluarga Malaysia.
"Sempena Hari Seniman Negara ini, KKMM turut berhasrat menjalinkan kerjasama strategik dengan pemegang-pemegang taruh dalam penganjuran Majlis Pelancaran Hari Seniman Negara pada 22 Mac ini bagi menghargai sumbangan peranan penggiat industri kreatif tanah air khususnya dalam membangun
negara menerusi aktiviti seni, kreatif dan budaya serta usaha kerajaan memartabatkan industri kreatif ke tahap lebih cemerlang," katanya.
Sambutan Hari Seniman Negara dimulakan pada 29 Mei 2008 yang bertitik tolak daripada keputusan Jemaah Menteri pada 24 Oktober 2007 dengan Menteri Penerangan ketika itu ialah Tan Sri Dr Rais Yatim.
Artikel asal di Sinar Harian boleh dibaca di sini
Sinar Harian
Wed Mar 16 2022
Hari Seniman Negara akan diadakan pada setiap 22 Mac iaitu bersempena dengan tarikh kelahiran Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Pengumuman tambah baik Dana Kandungan Digital bulan depan - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital dijangka mengumumkan penambahbaikan Dana Kandungan Digital menjelang Hari Seniman Negara bulan depan.
Sambutan Hari Seniman hargai sumbangan P. Ramlee, Seniman Negara
Hari Seniman Negara yang disambut hari ini sempena tarikh kelahiran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Hari Seniman Negara ditukar pada 22 Mac
Hari Seniman Negara akan diadakan pada setiap 22 Mac iaitu bersempena dengan tarikh kelahiran Allahyarham Tan Sri P Ramlee.