awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harrison Ford dan Steven Spielberg kembali berganding dalam filem Indiana Jones kelima

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
16/03/2016
11:12 MYT
Harrison Ford dan Steven Spielberg kembali berganding dalam filem Indiana Jones kelima
Harrison Ford kini popular sebagai 'penghidup semula' francais dengan penampilan dalam francais Star Wars, Indiana Jones, dan Blade Runner - Foto Indiana Jones
SELEPAS penampilan istimewa Harrison Ford sebagai Hans Solo berjaya menghidupkan semula francais Star Wars, Disney selaku penerbit menggunakan formula yang sama untuk mengembalikan semula kegemilangan francais Indiana Jones.
Dalam satu kenyataan media, pengerusi The Walt Disney Studios, Alan Horn mengesahkan kemunculan Harrison Ford sebagai watak utama dalam filem kelima francais itu yang bakal diterbitkan oleh Kathleen Kennedy dan Frank Marshall.
“Indiana Jones merupakan salah seorang wira paling hebat dalam sejarah perfileman,” ujarnya.
Steven Spielberg turut dikekalkan sebagai pengarah, seperti empat filem Indiana Jones terdahulu yang mencatat jumlah kutipan tiket keseluruhan melebihi $2 bilion (RM8.3 bilion).
Harrison Ford muncul kali pertama sebagai Indiana Jones dalam filem Raiders of the Lost Ark pada tahun 1981 - Foto Indiana Jones
Harrison Ford muncul kali pertama sebagai Indiana Jones dalam filem Raiders of the Lost Ark pada tahun 1981 - Foto Indiana Jones
Memandangkan Harrison Ford kini berusia 73 tahun, kebanyakan peminat menjangkakan watak Indiana Jones untuk filem kelima tidak akan beraksi selasak zaman kegemilangannya pada era 80-an namun tampil sebagai ‘mentor’ kepada bintang baru yang bakal muncul.
Disney mengumumkan filem kelima Indiana Jones yang masih belum ditentukan judulnya itu bakal menemui para peminat di pawagam pada Julai 2019.
Topic Berkaitan
#Disney
#Harrison Ford
#indiana jones
#Indiana Jones 5
#Steven Spielberg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan