awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harry Styles pecah rekod, As It Was kekal paling lama dalam carta Billboard Hot 100

Faida Rahim
Faida Rahim
28/09/2022
02:16 MYT
Harry Styles pecah rekod, As It Was kekal paling lama dalam carta Billboard Hot 100
Dalam masa sama, lakonan Styles turut tersenarai dalam carta box office di pawagam AS menerusi filem Don't Worry Darling. - Foto Instagram/harrystyles
LOS ANGELES: Penyanyi kelahiran United Kingdom, Harry Styles berjaya memecah rekod selepas single As It Was menduduki tempat teratas carta Billboard Hot 100 paling lama.
Memetik laporan BBC, single As It Was menduduki tempat teratas dalam carta itu selama 15 minggu sekaligus memecahkan rekod yang dipegang oleh Mark Ronson dan Sir Elton John.
Terdahulu, lagu hits mereka, Uptown Funk dan Candle In The Wind, masing-masing menduduki tempat pertama dalam carta selama 14 minggu.
Dalam masa sama, lakonan Styles turut tersenarai dalam carta box office di pawagam AS menerusi filem Don't Worry Darling.
Selepas 15 minggu berada di kedudukan teratas perseorangan, As It Was disenarai sebagai lagu keempat bertahan paling lama dalam sejarah carta lagu AS yang didominasi oleh artis perseorangan.
Old Town Road nyanyian Lil Nas X dan Billy Ray Cyrus memegang rekod keseluruhan bertahan selama 19 minggu. Despacito nyanyian Luis Fonsi, Daddy Yankee dan Justin Bieber serta One Sweet Day nyanyian Mariah Carey dan Boyz II Men, memegang rekod selama 16 minggu.
Sementara itu, As It Was menduduki tempat pertama selama 10 minggu di carta lagu United Kingdom antara April dan Jun.
Topic Berkaitan
#Harry Styles
#Billboard Hot 100
#AS
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan