KEPUTUSAN chef selebriti terkenal dunia, Anthony Bourdain untuk menamatkan riwayat hidupnya Jumaat lalu ternyata meninggalkan kesan yang mendalam buat teman wanitanya, Asia Argento.

Menerusi luahan di akaun Twitter miliknya, Agento yang juga seorang pelakon mengakui perasaannya remuk selepas kehilangan kekasih hatinya itu buat selama-lamanya.

Bagaimanapun wanita itu menyifatkan Bourdain sebagai "rock" dan "protector" (pelindung).

"Anthony memberikan segala-galanya dalam apa jua yang dilakukannya. Dia bijak, tidak gentar dan memberi inspirasi kepada ramai orang serta sifat murah hati yang tiada sempadan.

"Dia ialah cinta saya, "my rock", pelindung saya. Saya sangat patah hati.

"Ingatan saya sentiasa bersama keluarganya. Saya meminta anda semua menghormati privasi mereka dan saya," tulisnya.

BACA: Anthony Bourdain gantung diri guna tali jubah mandi

BACA: "Bourdain menyatukan semua", Obama kenang chef selebriti

Argento mengenali Bourdain pada 2016 ketika menjalani penggambaran sebuah program televisyen sebaik berpisah dengan isteri keduanya, seorang atlet MMA, Ottavia Busia.

Chef tersebut sedang bekerja di Strasbourg, Perancis dalam episod "Parts Unknown" pernah menerima anugerah program televisyen.

Sebelum ini, media melaporkan pada Jumaat, Anthony Bourdain meninggal dunia pada usia 61 tahun kerana membunuh diri.

CNN mengesahkan kematian Bourdain pada Jumaat.