KUMPULAN power metal legenda dari Jerman, Helloween memukau peminat tanah air malam tadi dengan persembahan mantap yang menggegarkan.
Cetusan daripada siri jelajah dunia bermula tahun lepas, kugiran legenda dari era 80-an itu berkunjung ke ibu kota buat julung kalinya setelah 34 tahun menghiburkan peminat.
Gabungan tiga penyanyi baharu dan lama -- Kai Hansen, Michael Kiske dan Andi Deris -- menggamatkan suasana bersama ribuan peminat yang membanjiri venue Mega Star Arena.
Bermula dengan prelud instrumental "Initiation" dan kemudian "Halloween", peminat tidak henti-henti digemparkan dengan persembahan mantap daripada tiga vokalis utamanya yang kini hampir mencecah usia emas.
Namun, melihat daripada persembahan, usia bukan faktor malah setiap mereka tampil bertenaga ketika melantunkan suara dalam semua lagu.
Vokalis asal Hansen, 55 tahun -- walaupun lebih banyak berperanan sebagai pemain gitar bersama Weikath dan Gerstner -- diberi satu slot khas di mana dia membawakan lagu-lagu popular daripada album awal "Walls of Jericho" ketika mengemudi kumpulan ini di awal penubuhan sebelum melantik Kiske sebagai frontman.
Kehebatan lantunan suaranya dalam jalinan lagu medley "Starlight" / "Ride the Sky" / "Judas tidak dipertikaikan lagi.
Malah, gempita dewan jadinya apabila Hansen membawakan lagu "How Many Tears" yang pernah satu ketika dahulu disadur menjadi lagu sebuah lagu kumpulan rock tempatan. *(hint: Tiada Lagi Air Mata)
Kiske, 50 tahun, yang terkenal dengan suaranya yang 'high-pitched' masih seperti dahulu. Lagu "Eagle Fly Free", misalnya, benar-benar menguji kehebatan suaranya yang nyaring dan Kiske langsung tidak mengecewakan.
Suasana menjadi gamat apabila Kiske muncul menyanyi di pentas membawakan lagu-lagu daripada album "Keeper of the Seven Keys Part I & II" yang cukup sinonim dengan peminat Helloween di Malaysia.
Persembahan Deris, 53 tahun, juga tidak kurang hebatnya. Dianggap penyelamat dan nadi kepada kesinambungan Helloween ketika 'zaman kemerosotan' mereka, penyampaian Deris lebih keras dan bertenaga.
Namun gabungan tiga suara inilah yang menjadikan konsert malam tadi cukup istimewa. Kesepaduan kombinasi suara Deris bersama Kiske dan Hansen nyata memberikan impak yang cukup mengesankan.
Selain ketiga-tiga vokalis legenda itu, Pumpkins yang lain ialah Markus Grosskopf (bass), Michael Weikath (gitar), Sascha Gerstner (gitar) dan Dani Loble (dram).
Persembahan 'non-stop' ini diselang-selikan dengan persembahan animasi pumpkins pada skrin pentas di antara lagu.
Paling menjadi ingatan peminat ialah ketika tribute kepada pemain dram asal Ingo Schwichtenberg yang 'tampil' berduet bersama Loble.
*Nota: Schwichtenberg dilapor mengalami depresi dan membunuh diri pada 1995 di usia 29 tahun.
Ketika Pumpkins melakukan 'final bow' selepas menyanyikan lagu "Keeper of the Seven Keys", lampu sorot dipadam dan pentas dikosongkan, peminat kelihatan tercengang dan bersorak encore kerana masih ada puluhan lagi lagu hebat yang belum dipersembahkan.
Namun tidak lama kemudian Pumpkins kembali ke pentas membawakan lagu popular "Future World" dan "I Want Out" yang kembali menggamatkan dewan sebelum menutup tirai.
Sempena jerayawara ini juga, Helloween memperkenalkan single terbaharu mereka yang juga lagu rasmi jelajah iaitu "Pumpkins United" yang menampilkan suara ketiga-tiga vokalis utama kumpulan itu dalam satu lagu.
Secara keseluruhannya, satu konsert yang hebat dan menggegarkan.
Gamat! Tiada langsung saat membosankan sepanjang tiga jam persembahan.
Pujian buat penganjur kerana menyediakan ruang Rock Zone dibatasi guardrail mengikut kelas tiket. Suasana berbeza ketika konsert Mr Big tahun lepas di lokasi sama di mana penonton ditempatkan mengikut nombor pada kerusi.
Rata-rata penonton juga sangat sporting dan konsert berakhir dengan jayanya.
Ditubuhkan pada tahun 1984 di Hamburg, barisan asal Helloween terdiri daripada Hansen (vokal dan gitar), Weikath (gitar), Grosskopf (bass), dan Schwichtenberg (dram).
Kumpulan legenda ini melalui pelbagai menyebabkan beberapa pertukaran ahli termasuk pelopor kumpulan ini sendiri Kai Hansen yang keluar dan menubuhkan Gamma Ray sebelum kembali beraksi dalam siri jelajah ini.
Helloween muncul dengan album pertama "Walls Of Jericho" pada 1985 disusuli beberapa album lain termasuk "Keeper Of The Seven Keys Part 1 & Part 2", "Pink Bubbles Go Ape", "Chameleon, "Master of the Rings", "The Time of the Oath" dan "Better Than Raw."
Konsert Helloween julung kali di Malaysia ini ialah anjuran RSVP media dengan kerjasama Malaysia Autoshow.
Soffian Zainuddin
Sun Apr 29 2018
Kumpulan power metal legenda dari Jerman, Helloween memukau peminat tanah air malam tadi dengan persembahan mantap yang menggegarkan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Helloween tiga generasi gegar Malaysia dalam jelajah Pumpkins United
Helloween memperkenalkan single terbaharu mereka yang juga lagu rasmi jelajah iaitu "Pumpkins United" yang menampilkan suara ketiga-tiga vokalis utama kumpulan itu dalam satu lagu.