SEBUAH hotel ‘terlajak mewah’ di Dubai, Atlantis The Royal baru dilancarkan dengan penuh gilang gemilang.
Salah satu perkara yang mendapat perhatian khalayak adalah pelancaran hotel yang mengambil kira konsep ‘cantik’ apabila dirakamkan dalam Instagram, adalah tetamu undangan dan artis yang membuat persembahan.
Bukan calang-calang dan disifatkan setaraf dengan kemewahan yang dipamerkan, pihak hotel telah menjemput bintang pop antarabangsa terkenal, Beyonce untuk membuat persembahan.
Menjadi persembahan pertama selepas empat tahun tidak melakukan sebarang konsert, bayaran untuk Beyonce tampil sebagai penghibur pada majlis pelancaran tersebut menjadi tajuk utama media tempatan.
Beyonce didakwa menerima bayaran melebihi RM111 juta (20 juta pound) untuk tampil selama satu jam!
Penampilan pelantun lagu Crazy In Love itu juga menjadi buah mulut apabila kelihatan sangat memukau dengan gaun kuning dan persembahan yang dirasakan berbaloi untuk sebuah majlis eksklusif tersebut.
Majlis mega tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti Kendall Jenner, Rebel Wilson, Liam Payne, Mark Wright dan Michelle Keegan.
Tetamu terpilih yang dijemput pula menerima cenderamata mewah termasuk set sikat yang diperbuat dari emas.
Bagaimanapun pihak hotel dan pengurusan penyanyi yang hadir bersama anak anak dan suaminya, Jay Z tidak memberikan kenyataan rasmi.
Sementara itu Dailymail melaporkan Beyonce bersama keluarganya menginap di salah sebuah bilik paling mahal iaitu The flagship Royal Mansion dianggarkan mencecah RM374,000 semalam.
Ia terletak di tingkat 22 dengan memiliki empat bilik tidur, panggung wayang, kolam renang peribadi dan ‘bilik keselamatan’.
Atlantis The Royal memiliki 795 bilik dengan 44 daripadanya memiliki kolam renang infiniti. Harga biasa sebuah bilik bermula dari RM4,700 satu malam.
Selain itu ia memiliki 17 restoran dan bar membabitkan lapan selebriti chef dan kedai yang menjual hasil seni seniman Picasso. -- Gempak
Gempak
Tue Jan 24 2023

Selain konsert bertenaga dari Beyonce, tetamu terpilih yang dijemput pula menerima cenderamata mewah termasuk set sikat yang diperbuat dari emas. - Gempak

Disney umum buang 7,000 pekerja
SYARIKAT Walt Disney mengumumkan penstrukturan semula secara menyeluruh dengan memberhentikan 7,000 pekerja di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif, Bob Iger.

UEM Sunrise gagal muktamad pembelian tanah bernilai RM384 juta berhampiran KLCC
Nipponkey Sdn Bhd akan membayar balik deposit kepada Lucky Bright Star, termasuk sebarang faedah terakru, dalam tempoh 14 hari.

Gempa Turkiye: Saya masih trauma - Pelajar Malaysia
Zahirul yang mengikuti pengajian Sejarah Islam di Universiti Gaziantep berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen.

Tiada penyelewengan wang zakat MAINS - SPRM
Siasatan berhubung isu berkenaan telah selesai pada 2019 dan mendapati tidak menemukan jenayah rasuah.

Pantau Kerajaan Baharu | Impak Lawatan PM Ke Thailand

Jo Ghani desak Goldman Sachs segera bayar hutang 1MDB kepada kerajaan Malaysia
Perjanjian antara bank pelaburan AS dan kerajaan Muhyiddin menjangkakan Malaysia menerima jumlah itu dalam aset 1MDB menjelang 2025.

AWANI Ringkas: Menu Rahmah tidak libatkan perbelanjaan kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

14 maut trak menyeludup migran terbalik
Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Ibu lapor polis guru dorong anak masuk Islam
Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini dan beberapa orang saksi telah dirakam percakapan.

Banjir: 273 mangsa masih berlindung di lapan PPS
Sebanyak 273 mangsa banjir masih berada di lapan PPS di tiga negeri yang terjejas setakat 8 pagi ini.

Beyonce pecah rekod menang anugerah Grammy paling banyak
Beliau juga merupakan artis yang menerima pencalonan paling banyak pada Anugerah Grammy ke-65, dengan sembilan pencalonan.

Hotel mewah Dubai bayar Beyonce RM111 juta, bagi tetamu sikat salut emas
Sebuah hotel terlajak mewah di Dubai, Atlantis The Royal baru dilancarkan dengan penuh gilang gemilang.

Beyonce, Adele, Kendrick Lamar dominasi pencalonan Anugerah Grammy ke-65
Penyanyi Amerika, Beyonce mendominasi pencalonan Anugerah Grammy ke-65 selepas dicalonkan dalam sembilan kategori, umum Recording Academy.

Monica Lewinsky minta Beyonce keluarkan namanya dari lagu
Dalam lagu Partition nama Lewinsky digunakan sebagai kata kerja bagi menggambarkan pandangan lelaki ke atas seorang wanita.

Beyonce sertai TikTok, janjikan lebih banyak karya
Keseluruhan katalog muziknya kini tersedia kepada pengguna TikTok untuk digunakan dalam kandungan mereka.

Pereka fesyen Thierry Mugler meninggal dunia
Mugler mula berjinak dalam arena rekaan fesyen pada era 1970-an dan mula dikenali dengan reka bentuk avant-garde yang dramatik.

I Can't Breathe dinobat Lagu Terbaik Anugerah Grammy ke-63... ini senarai penuh pemenang
Anugerah Grammy Ke-63 berlangsung dalam suasana norma baharu dan disiarkan secara maya

Taylor Swift, Beyonce lakar sejarah di Anugerah Grammy 2021
Taylor Swift menang Album Terbaik menjadikan Swift penyanyi wanita pertama yang menang kategori itu sebanyak tiga kali.

Beyonce terima pencalonan Grammy terbanyak, termasuk 'Record of the Year'
Pencalonan Beyonce itu adalah menerusi lagu 'Black Parade' dari album 'The Lion King: The Gift' yang ditujukan kepada komuniti kulit hitam.

Anugerah Grammy 2021 ditangguh ekoran COVID-19
Berita itu disahkan penganjur yang memaklumkan bahawa anugerah itu akan dianjak ke satu tarikh lain.