awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan cinta Brad Pitt dan Jennifer Lawrence hanya khabar angin

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
19/12/2017
23:51 MYT
Hubungan cinta Brad Pitt dan Jennifer Lawrence hanya khabar angin
Sebelum ini, majalah Star melaporkan Pitt berjaya mendapatkan nombor telefon Lawrence melalui seorang rakan.
TIADA hubungan cinta yang terjalin antara Brad Pitt dan Jennifer Lawrence.
Hal itu didedahkan oleh sumber terdekat dengan Pitt kepada portal Daily Mail selepas satu laporan menyatakan kedua-dua mereka sedang bercinta.
"Tidak, laporan itu sama sekali tidak benar. Ia hanyalah khabar angin semata-mata," kata sumber itu.
Laporan itu diterbitkan minggu lalu oleh sebuah majalah gosip, Star, dengan memetik sumber sebagai berkata Pitt dan Lawrence "kerap keluar bersama untuk berseronok".
Penafian sumber itu dikuatkan lagi selepas Lawrence dilihat menghabiskan masa hujung minggunya bersendirian di New York.
Sebelum ini, Star melaporkan Pitt berjaya mendapatkan nombor telefon Lawrence melalui seorang rakan.
"Dia (Pitt) pada mulanya segan untuk menghubungi Lawrence dan mengajaknya keluar, walaupun sudah lama meminatinya dalam diam," kata sumber seperti yang dipetik dalam majalah itu.
Lawrence, 27 tahun, baru sahaja berpisah dengan pengarah filem Black Swan dan mother!, Darren Aronofsky , bulan lalu, manakala Pitt, 54, telah bercerai dengan aktres Angelina Jolie pada September 2016.
Topic Berkaitan
#Brad Pitt
#cinta
#gosip
#Hollywood
#Jennifer Lawrence
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan