PELAWAK Shuib memberitahu kini sudah mendapat lampu hijau daripada keluarganya terutama ibunya, Salamiah Jalani untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas dua tahun menduda.
Jelas Shuib, 39, dia bersyukur apabila ibunya membuat penilaian positif terhadap gadis yang dikatakan sedang rapat dengannya iaitu Watie Hanifiah.
"Insya-Allah ada perancangan. Kalau ikutkan mak saya nak suruh cepat benar, saya cakap sabarlah. Sebab mak saya tu asyik fikirkan Ayash, dah makin besar.
"Tugasnya dah selesai sebab dia yang menjaga dari kecil, Watie pun tak ada masalah, dia pernah jaga Ayash ketika demam.
"Tak tahulah bila tu... Tak pasti lagi. Kalau betul saya akan maklumkan," ujarnya ketika ditemui di majlis sidang media Kamya Fest di ibu kota baru-baru ini.
Biarpun pelbagai penilaian yang dibuat netizen sejak tersebarnya gosip Shuib bersama Watie, penyampai radio dan juga usahawan itu enggan mengambil pusing akan hal terbabit.
"Mak saya yang menilai dia, bila dia menilai yang baik-baik tentang dia. Saya tahulah saya berkawan dengan dia. Sudah tentulah saya kuat untuk menyatakan insya-Allah dia okey.
"Tapi orang luar, akan tetap buat perbandingan. Itu tak boleh... (arwah) Sarah saya dah letak kat tempat paling best. Sampai hari ini pun, saya tercari-cari hari yang saya tak ingat dia, sampai hari ini.
"Saya pun boleh bercakap dengan dia, bila ada orang datang pada kita, pasti ada sebabnya, zalimlah saya tak hargai orang itu.
"Jadi, mana yang tengah ada, lagi pula emak kita boleh yakin dengan kita, itu jawapan paling besar untuk kita," tambahnya.
Kecoh sebelum ini apabila hubungan Shuib dan Watie mulai dihidu peminat apabila kerap keluar bersama-sama.
Terbaharu, Shuib dan Watie dilihat hadir berpakaian sedondon di konsert Lah Ahmad hujung minggu lalu.
Bagaimanapun, Shuib menepis dakwaan bakal berkahwin dengan Watie pada Mac ini dan akan mengumumkan sekiranya sudah punyai tarikh kelak. -Gempak
Gempak
Sat Feb 04 2023
Shuib bersyukur apabila ibunya membuat penilaian positif terhadap Watie Hanifiah. - Foto Gempak
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Shuib, pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai RM1.6 juta
Syarikat Bubblebee didakwa atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam.
Bubblebee didenda RM17,500 gagal bayar caruman Perkeso
Syarikat Bubblebee Sdn Bhd didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu.
Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu
Antara momen yang dikongsikan di video tersebut memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.
Shuib imbau kenangan ke bazar Ramadan kegemaran arwah Siti Sarah
Shuib berkongsi rutinnya dahulu adalah berkunjung di bazar bersama arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin.
Isu KWSP pekerja Bubblebee selesai - Shuib
Isu tunggakan caruman KWSP membabitkan Bubblebee Sdn Bhd dan pekerjanya dianggap selesai selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.
Menang saman fitnah, Shuib salur wang ke tabung Palestin
SELEBRITI dan usahawan terkenal, Shuib menang saman fitnah terhadap pengguna media sosial, John Dihani atau nama sebenarnya Md Johan Dihani Mohd Zaidi.
Tinggalkan radio bukan tanda terus senyap dalam industri seni - Shuib
Shuib mengakui kecintaannya terhadap dunia hiburan masih lagi menebal.
Shuib mohon maaf, jumpa KWSP lunas tunggakan caruman pekerja secara ansuran
Shuib mengakui berlaku masalah kelewatan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada kaki tangan syarikat syarikat minuman yang diasaskannya iaitu Bubble Bee.
Shuib nekad teruskan saman fitnah
Shuib tetap dengan pendirian untuk meneruskan saman fitnah yang mengaitkan diri serta arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai ahli Freemason.
'Akhirnya terubat juga rindu Shuib pada arwah Siti Sarah' - Netizen
Pandangan dan renungan Shuib dengan mata yang redup itu membuatkan netizen tidak dapat menahan sebak.