awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hugh Jackman tidak mahu lagi berlakon watak Wolverine

Agensi
Agensi
09/05/2015
10:26 MYT
Hugh Jackman tidak mahu lagi berlakon watak Wolverine
Filem Wolverine yang ketiga akan ditayangkan di panggung pada tahun 2017.
REKOD membawakan watak mutan dengan cakar logam adamantium dalam tujuh filem sudah cukup membuatkan pelakon Hugh Jackman mengatakan ‘cukup’ kepada peranan Wolverine.
Watak yang dikembangkan daripada trilogi X-Men hingga disanjung secara tunggal dalam aliran perdana selama ini sudah berjaya mewarnai portfolio pelakon berasal dari Australia itu.
Filem Wolverine ketiga dijangka akan ditayangkan di panggung pada tahun 2017.
Menurut Jackman, sekuel itu juga menandakan berakhir sudah watak mutan panas baran yang mampu menyembuhkan diri dengan sendiri buat dirinya.
“Ini merupakan yang terakhir. Inilah masa terbaik untuk melakukannya.
“Sudah 17 tahun. Saya sendiri tidak menjangka ia akan bertahan selama ini,” ujar Jackman dalam sebuah program.
Jackman bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang maklumat tentang jalan cerita Wolverine 3.
Dalam produksi tersebut, Jackman bergabung semula dengan pengarah James Mangold yang pernah menghasilkan filem The Wolverine pada tahun 2013.
Sementara itu, tugas lakon layar diserahkan kepada Michael Green.
Desas-desus turut mengatakan bahawa Jackman bakal kembali beraksi dalam X-Men: Apocalypse, bersama 500 pelakon lain yang membawakan watak mutan.
Ia secara tidak langsung penglibatan dalam filem berasaskan komik dengan watak utama adi wira yang kesembilan untuknya, sekali gus meletakkan Jackman di tangga teratas dalam senarai tersebut.
Topic Berkaitan
#apocalypse
#Hugh Jackman
#mutan
#Wolverine
#X-Men
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan