“ALHAMDULILLAH, I found my peace,” kata pelakon Sharifah Sakinah kepada Astro Gempak apabila ditanya kehidupan terkininya selepas kembali solo.
Kata Sakinah, dia kini lebih tenang selepas berpisah dengan suaminya, Michael Hansen, 42, penghujung akhir tahun lalu.
“Saya jumpa ketenangan saya. Saya tahu ramai yang risaukan saya terutama ketika saya botakkan kepala.
“Saya OK dan baik-baik saja kerana saya percaya pada diri saya. Saya begini pun masih ada rezeki untuk saya teruskan hidup.
“Kini saya tenang…’full of content’…penuh dengan rasa sayang dan lebih menyayangi anak saya. Saya botak ke macamana, saya masih ada rezeki, saya percaya pada diri saya.
“Namun tidak lah saya kata saya sentiasa positif kerana kadang-kadang perkara negatif itu yang membuatkan diri kita kuat,” katanya.
Ibu kepada Anais Adha berusia lima tahun itu ditemui ketika Majlis Rantaian Kasih Aidilfitri Habib di Hotel Grand Hyatt di Kuala Lumpur pada Rabu.
Namun begitu, Sakinah memberitahu perpisahannya dengan bekas suaminya berlaku dengan sangat baik dan rasional.
“Saya dengan dia (Michael) habis macam itu sahajalah. Tak boleh teruskan, sebab masing-masing dah ada komitmen dengan anak-anak.
“Dia tak boleh pindah sini (Malaysia) dan saya pun sudah cuba untuk ikut dia berpindah ke sana tetapi saya tak boleh kerana ada anxiety.
“Saya tak boleh tinggalkan anak saya. Saya anxiety sebab bila apa-apa jadi pada anak saya, contoh waktu 3 atau 4 pagi, macam mana saya nak pulang dengan segera.
“Jadi saya dah korbankan anak saya tapi nampaknya tak berjaya kerana saya perlukan anak saya bersama,” katanya.
Sakinah dan Michael mengumumkan sudah sah bergelar pasangan suami isteri sekitar Februari 2022 selepas mengenali hati budi masing-masing sejak 2020 sebelum bercerai penghujung akhir tahun lalu.
Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun hubungan mereka terlerai selepas disahkan bercerai pada Mei 2020.
Hasil perkahwinan, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun. -- Gempak
Gempak
Thu Mar 16 2023
Kata Sakinah, dia kini lebih tenang selepas berpisah dengan suaminya, Michael Hansen penghujung akhir tahun lalu. - Gempak
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Nad Zainal tak nak kusutkan otak, kawan dengan semua!
Ketika rakan-rakan artis mengulas mengenai hubungan dengannya yang didakwa renggang, Nad Zainal memilih untuk tidak memanjangkan isu itu.
'I found my peace' - Sharifah Sakinah lebih tenang selepas bercerai
Kata Sakinah, dia kini lebih tenang selepas berpisah dengan suaminya, Michael Hansen penghujung akhir tahun lalu.
Pesakit mental ada kelebihan, gunakan di saluran yang betul - Sharifah Sakinah
Menyalurkan kebolehan di tempat yang betul dan bersesuaian membantu pesakit untuk fokus, sekaligus membawa mereka ke tahap prestasi terbaik.
Nenek Sharifah Sakinah meninggal dunia, tutup IG buat seketika
Takziah diucapkan kepada keluarga Sharifah Sakinah.
Scha Alyahya bergaduh dengan Sharifah Sakinah?
Gempak mendapat kiriman sebuah video berdurasi 13 saat yang memaparkan dua orang pelakon, Scha Alyahya dan Sharifah Sakinah yang sedang bertegang urat.
Makin panas! Zarina Anjoulie dedah perbualan Whatsapp Fathia dan Aiman
Selepas perang status Instagram antara pelakon Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza, kawan baik Fathia, Zarina Anjoulie pula tampil menunjukkan bukti.
"Aku tak pernah hutang sesiapa" - Aiman Hakim bidas dakwaan Fathia Latiff
Fathia memuat naik sekeping foto Aiman dan mendakwa Aiman tidak membayar hutang serta menggelarkan aktor itu dayus.
Sharifah Sakinah tanya kenapa tak kahwin lagi, ini jawapan win Michael Ang!
Bersahabat baik semenjak beberapa tahun lalu, ada sahaja gelagat yang dilakukan oleh Sakinah bersama Michael membuatkan peminat tidak kering gusi.
Saya hanya pakai berus gigi buluh - Sharifah Sakinah
Pelakon Sharifah Sakinah akui semakin bimbang dengan masalah pemanasan global yang berlaku.
'Saya makan nenas untuk keluarkannya'- Sharifah Sakinah terpaksa gugurkan kandungan
Pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan kandungannya ketika hamil anak kedua telah digugurkan atas nasihat doktor.