awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu M Nasir meninggal dunia di Singapura

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2023
21:00 MYT
Ibu M Nasir meninggal dunia di Singapura
Penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M Nasir kehilangan ibunya, Aesah Yahya yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun di kediamannya di Singapura, pada Ahad. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M Nasir kehilangan ibunya, Aesah Yahya yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun di kediamannya di Singapura, pada Ahad.
Pemergian Allahyarham Aeshah sekitar pukul 4.15 petang tadi akibat sakit tua dikongsi isteri M Nasir, Datin Marlia Musa menerusi hantaran di laman sosial Instagram.
“Bonda kesayangan kami, Hajjah Aesah Yahya baru sahaja meninggalkan kami ke negeri abadi,” tulisnya.
View this post on Instagram
A post shared by Marlia Musa (@cik_mmusa)
Sejumlah artis popular tanah air turut berkongsi rasa duka dan simpati di atas pemergian Allahyarham ibu M Nasir itu menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram Marlia.
Antara mereka ialah Anuar Zain, Haiza, Alif Satar, Nad Zainal dan Elly Mazlein.
Pada Januari 2021, bapa M Nasir iaitu Mohamed Sam menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun juga disebabkan sakit tua.
Bagaimanapun, M Nasir yang merupakan anak keempat daripada sembilan adik-beradik, ketika itu tidak dapat pulang ke Singapura untuk hadir ke pengebumian arwah bapanya akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#ibu M Nasir
#meninggal dunia
#Marlia Musa
#meninggal dunia di Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan