PELAKON Iedil Putra berada dalam keadaan selamat selepas dia dilaporkan 'hilang'.
Dalam satu kenyataan, Netflix Malaysia berkata berita yang tersebar mengenai kehilangan Iedil Putra atau nama sebenarnya, Tengku Iedilzuhrie Putra Tengku Alaudin adalah sebahagian promosi pemasaran.
"Kami menghargai kebimbangan dan pertanyaan anda mengenai siaran dalam talian baru-baru ini mengenai kehilangan Iedil.
"Kami ingin memberi jaminan kepada semua orang bahawa ini adalah sebahagian daripada promosi pemasaran.
"Iedil kini selamat dan sihat," kata Netflix Malaysia dalam kenyataan tersebut.
Dalam masa sama, Netflix Malaysia memohon maaf atas sebarang kekeliruan atau kebimbangan yang mungkin disebabkan kempen promosi berkenaan.
"Kami amat menghargai pemahaman dan sokongan anda pada masa ini.
"Terima kasih kerana menghormati komitmen Iedil terhadap kraf dan kerjanya.
"Butiran lanjut mengenai kempen akan didedahkan tidak lama lagi," tambah kenyataan itu.
Kira-kira sejam lalu satu kenyataan dimuat naik di Instagram Iedil memaklumkan mengenai 'kehilangannya'.
Kenyataan tersebut mendakwa pelakon filem "Terbaik dari Langit" itu gagal dikesan sejak hadir pelancaran filem Netflix "Extraction 2" di Manila, Filipina baru-baru ini.
"Kami tertanya-tanya apa berlaku kepadanya sebab sudah cuba menghubunginya secara peribadi tetapi tiada jawapan.
"Jika anda semua tahu Iedil dekat mana, sila maklum kepada kami menerusi 'direct message'," tulis kemas kini tersebut.
Hasimi Muhamad
Sun Jun 18 2023
Netflix Malaysia berkata berita yang tersebar mengenai kehilangan Iedil Putra adalah sebahagian promosi pemasaran. -Foto/Instagram Iedil Putra
Feri bawa lebih 500 penumpang selamat bergerak ke Langkawi malam ini
Sebuah feri dari Kuala Perlis ke Langkawi bagi perjalanan 2.30 petang yang membawa 567 penumpang terkandas di beting pasir petang tadi telah selamat bergerak ke Langkawi malam ini.
Tiga sungai di Kedah lepasi paras bahaya
Tiga sungai di negeri ini direkodkan melepasi paras bahaya dengan trend menaik setakat 10 malam ini.
10 Berita Pilihan - (16 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 30,000 banjiri Padang Merdeka raikan sambutan Hari Malaysia 2024
Meskipun hujan lebat pada awal sambutan acara yang bermula 8.30 malam, orang ramai tetap setia berada di sekitar Padang Merdeka.
Tumpuan Selasa – 17 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Chow seru rakyat Pulau Pinang teguhkan ikatan perpaduan
Ketua Menteri Chow Kon Yeow menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang supaya terus memperteguhkan ikatan perpaduan, semarakkan rasa cinta pada negara dan berganding bahu.
Sabah tetap pertahan kedaulatan dalam Malaysia - Hajiji
Walau pernah diuji dengan pelbagai ancaman dan situasi namun semua itu tidak melemahkan semangat serta iltizam rakyat untuk terus mempertahan Negeri Di Bawah Bayu.
Presiden Laos terima anugerah kepimpinan ASEAN daripada KSI
Majlis penyampaian anugerah itu berlangsung di Vientiane di mana delegasi tertinggi KSI mengadakan kunjungan hormat ke atas Thongloun di Dewan Negara Laos.
Kerajaan tekad martabatkan semua negeri, bina Malaysia bersama - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tekad untuk memartabatkan semua negeri termasuk wilayah Sabah dan Sarawak, selain berharap hasrat itu dilakukan secara bersama.
Gempa bumi kuat landa rantau Kepulauan Mariana
Pusat gempa bumi itu dikesan di 17.1 darjah utara dan 147.2 darjah timur dengan kedalaman 112km iaitu 2,156km tenggara dari Yokosuka, Jepun.
Iedil Putra hilang? Ini penjelasan Netflix Malaysia
Netflix Malaysia memohon maaf atas sebarang kekeliruan atau kebimbangan yang mungkin disebabkan oleh kempen promosi berkenaan.