awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu pekerja gig harus dibincangkan secara tripartit agar keputusan seimbang - Aktivis GEM
Proton sasar jual sehingga 200,000 unit kenderaan pada 2026
Dua jaringan Faisal Halim pastikan Selangor FC selangkah ke pusingan kalah mati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IFF 2026 tampilkan barisan filem hebat untuk penonton Malaysia

Bernama
Bernama
28/01/2026
21:30 MYT
IFF 2026 tampilkan barisan filem hebat untuk penonton Malaysia
IFF tahun ini menonjolkan peranan filem sebagai bahasa sejagat untuk menghubungkan negara-negara, selain menawarkan penonton Malaysia gambaran lebih mendalam mengenai naratif budaya, sosial dan kemanusiaan Iran yang kaya. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Festival Filem Iran (IFF) 2026 kembali untuk edisi keempat tahun ini dengan membawakan barisan filem Iran yang luar biasa dan diiktiraf dunia buat para peminat filem di negara ini.
Festival yang dijadualkan berlangsung dari 6 hingga 8 Feb itu akan menampilkan enam karya terpilih pawagam kontemporari Iran untuk tayangan di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.
Kaunselor Kebudayaan Kedutaan Iran di Malaysia, Dr. Habibreza Arzani dalam satu kenyataan berkata, festival tahun ini menonjolkan peranan filem sebagai bahasa sejagat untuk menghubungkan negara-negara, selain menawarkan penonton Malaysia gambaran lebih mendalam mengenai naratif budaya, sosial dan kemanusiaan Iran yang kaya.
Acara itu turut menampilkan kemunculan khas pembikin filem Iran tersohor di peringkat antarabangsa, Majid Majidi, yang penyertaannya mencerminkan kerjasama budaya yang erat antara Iran dan Malaysia dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
"Kelas pakar (Masterclass) yang dikendalikan oleh Majid Majidi akan diadakan di FINAS Malaysia dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ini menawarkan peluang luar biasa kepada profesor, pelajar dan pembikin filem Malaysia untuk belajar daripada salah seorang pengarah paling berpengaruh di dunia," katanya.
Menurut kenyataan itu, industri perfileman Iran termasuk sektor animasinya yang kian berkembang, telah mencapai pengiktirafan antarabangsa yang signifikan dan mampu membuka ruang kepada kerjasama akademik, artistik serta teknikal antara kedua-dua negara pada masa hadapan.
Enam filem yang akan ditayangkan sepanjang festival tersebut ialah "The West Sky, Ahmed, Tear of the Reedbed, Dreamland (animasi), Guardian of the Field dan The Weeping Willow" yang diarahkan oleh Majidi.
Pihak kedutaan memaklumkan, semua tayangan adalah percuma untuk orang ramai berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat, dengan tiket boleh didapati sejam sebelum setiap tayangan di cawangan Golden Screen Cinemas (GSC) terpilih.
Maklumat lanjut mengenai festival ini boleh didapati di laman sesawang di
at https://malaysia.mfa.gov.ir/en, Facebook Pusat Kebudayaan Iran: https://www.facebook.com/IranCulturalCenterMalaysia/ atau laman sesawang GSC di https://www.gsc.com.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Festival Filem Iran
#IFF
#filem Iran
#Majid Majidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan