awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iklan Merdeka Petronas "Akrab" papar semangat penyatuan rakyat Malaysia

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
29/08/2015
06:57 MYT
Iklan Merdeka Petronas "Akrab" papar semangat penyatuan rakyat Malaysia
Netizen sifatkan Petronas sekali lagi berjaya dalam penghasilan iklannya.
Setiap kali tibanya musim perayaan atau festival, antara iklan yang dinanti penonton televisyen adalah iklan terbitan Petronas.
Sempena sambutan Kemerdekaan ke 58 tahun ini, Petronas, seperti tahun-tahun sebelumnya, meraikannya dengan mesej keakraban antara kaum yang telah wujud di Malaysia sejak bertahun lamanya.
Iklan dengan tajuk Akrab itu memaparkan kenangan tiga sahabat; Chua, Arun dan Mail, yang membesarkan bersama-sama di zaman kemerdekaan. Mereka antara ribuan penduduk Tanah Melayu yang teruja untuk menyertai sambutan kemerdekaan di Stadium Merdeka.
Namun dalam perjalanan, Arun keciciran gambar bapanya yang sudah meninggal dunia. Kerana itu, ketiga-tiga sahabat itu terlewat tiba di stadium dan mereka tidak dapat menyertai sambutan bersejarah itu.
Namun, kisah 'pengembaraan' mereka itu kekal dalam ingatan, seperti juga persahabatan mereka.
Iklan berdurasi penuh 5 minit 17 saat itu menerima reaksi positif netizen di laman sosial.
menangis tengok iklan petronas "akrab" tu /p>— awan (@mryaszwana) August 28, 2015
Just watching Akrab from Petronas Merdeka 2015 webfilm. Touching.
— Canggung Klasik (@iqbalarifyaakob) August 28, 2015
Kadang-kadang aku rasa iklan-iklan masa hari penting negara yang menyatukan rakyat Malaysia. Again, Petronas did well. #Akrab
— basheeryahya (@mbasheeryahya) August 28, 2015
.Iklan Petronas selalu tak menghampa kan a href="https://twitter.com/hashtag/Friendship?src=hash">#Friendship #Akrab #HappyIndependenceDay #HappyMerdekaDay pic.twitter.com/bVE6S4Pa6T
— Nur Adilla(@AdillaBsharudin) August 29, 2015
Video penuh iklan tersebut boleh ditonton di laman Youtube Petronas Official. Video itu kini mencecah tontonan hampir 70 ribu selepas dimuat naik pada Jumaat.
Iklan Akrab ihsan laman Youtube Petronas Official.
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan 2015
#iklan
#Petronas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan