Jumlah filem yang diterbitan karyawan Malaysia mencatat peningkatan hampir tiga kali ganda tahun lalu berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Pengarah Promosi dan Pemasaran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Abd Khalid Maulod berkata sejumlah 73 buah filem ditayangkan di pawagam sepanjang tahun lepas berbanding 49 filem pada 2011, 39 filem pada 2010 dan 27 filem pada 2009.
"Peningkatan ini menunjukkan industri filem Malaysia berkembang dengan pesat" katanya ketika membicarakan topik yang bertajuk 'Halatuju Industri Perfileman Malaysia - Harapan dan Cabaran' dalam sesi bual bicara filem di sini sempena Anugerah Seri Temasek yang akan berlangsung malam ini.
Anugerah adalah bagi mengiktiraf karyawan seni Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Abd Khalid berkata Finas sudah mengenal pasti tiga festival tahun ini untuk disertai oleh penerbit Malaysia sebagai satu lagi usaha mempromosi dan memasarkan filem tempatan ke peringkat antarabangsa.
Festival berkenaan ialah European Market di Berlin, Cannes Film Festival di Perancis dan American Film Market di California.
Bernama
Sat Feb 02 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Industri filem Malaysia semakin pesat - Finas
Jumlah filem yang diterbitkan karyawan Malaysia mencatat peningkatan hampir tiga kali ganda tahun lalu berbanding tahun-tahun sebelumnya.