Skip to main content

Teknologi

SoftBank tidak lagi pertimbang ambil alih SK hynix

SK hynix merupakan antara syarikat terbesar di Korea Selatan dan peneraju utama dalam pengeluaran cip memori jalur lebar tinggi (HBM) bagi industri kecerdasan buatan (AI) global, dengan nilai pasaran sekitar AS$584 bilion (RM2.48 trilion). -Foto Amanz
SK hynix merupakan antara syarikat terbesar di Korea Selatan dan peneraju utama dalam pengeluaran cip memori jalur lebar tinggi (HBM) bagi industri kecerdasan buatan (AI) global, dengan nilai pasaran sekitar AS$584 bilion (RM2.48 trilion). -Foto Amanz

Ringkasan AI

  • Ketua Pegawai Eksekutif SoftBank, Masayoshi Son, dilaporkan berbincang dengan institusi kewangan Wall Street untuk meneroka pembiayaan pengambilalihan SK hynix bernilai AS$1 trilion.
  • SoftBank mengesahkan cadangan pengambilalihan SK hynix tidak lagi dipertimbangkan secara aktif, menurut kenyataan jurucakap syarikat itu kepada media.
  • SK hynix menafikan pengetahuan mengenai perbincangan tersebut dan menegaskan sebarang pengambilalihan asing memerlukan kelulusan kerajaan Korea Selatan.
Advertisement

TOKYO: Cadangan pengambilalihan syarikat semikonduktor Korea Selatan, SK hynix oleh SoftBank Group tidak lagi berada dalam pertimbangan aktif, menurut jurucakap konglomerat Jepun itu.

Ketua Pegawai Eksekutif SoftBank Group, Masayoshi Son, sebelum ini dilaporkan mengadakan perbincangan dengan beberapa institusi kewangan di Wall Street bagi meneroka pembiayaan pengambilalihan SK hynix yang dianggarkan bernilai sehingga AS$1 trilion (RM4.24 trilion).

SK hynix merupakan antara syarikat terbesar di Korea Selatan dan peneraju utama dalam pengeluaran cip memori jalur lebar tinggi (HBM) yang digunakan secara meluas dalam pembangunan kecerdasan buatan (AI).

Advertisement

Permintaan tinggi terhadap teknologi AI telah meningkatkan permintaan bagi cip keluaran syarikat itu, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan dan margin keuntungan pada paras yang kukuh.

Walau bagaimanapun, portal teknologi The Information yang memetik jurucakap SoftBank melaporkan syarikat itu tidak lagi meneruskan pertimbangan terhadap cadangan pengambilalihan berkenaan.

Advertisement

"SoftBank meneroka banyak peluang, dan cadangan ini tidak lagi berada di bawah pertimbangan aktif," kata jurucakap tersebut dalam kenyataan yang turut dirujuk kepada Reuters.

Sementara itu, SK hynix berkata pihaknya tidak mempunyai pengetahuan mengenai sebarang perbincangan seperti yang dilaporkan.

Syarikat itu turut menegaskan bahawa sebarang cadangan pengambilalihan oleh syarikat asing tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Korea Selatan mengikut undang-undang negara berkenaan.

Must Watch Video

Advertisement