awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ini tahun terakhir saya guna nama Rosyam Nor"

Hilal Azmi
Hilal Azmi
29/01/2019
07:22 MYT
"Ini tahun terakhir saya guna nama Rosyam Nor"
ROSYAM NOR berhasrat menukar nama menjadi Rosyam Yes pula bermula 2020 sebagai strategi pemasaran perniagaannya. - Gambar Astro AWANI
Selepas sekian lama menempa kemasyhuran dengan nama Rosyam Nor, pelakon dan usahawan terkenal itu berhasrat untuk mengubah panggilannya kepada Rosyam Yes pula.
Berkuat kuasa 2020, selebriti yang dianugerahkan pingat kebesaran Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada 2013 itu mahu memperkenalkan panggilan sedemikian sebagai perancangan masa depan.
Menurut pengasas pasar raya Rosyam Mart itu lagi, perubahan sedemikian disifatkannya sebagai sangat penting bagi meningkatkan lagi pasaran perniagaannya.
“Saya takkan guna lagi nama ‘Rosyam Nor’ bermula tahun 2019, patutnya dari tahun lepas lagi.
“Saya akan guna nama ‘Rosyam Yes’, sebab lama sangat 'no' saja,” katanya dalam nada berseloroh ketika berkongsi pengalaman sempena persidangan Jiwa SME 2019 anjuran Astro AWANI.
OLEH kerana sudah terlalu lama guna nama Rosyam Nor, pelakon ini mahu menukarnya menjadi Rosyam Yes pula. - Gambar Astro AWANI
OLEH kerana sudah terlalu lama guna nama Rosyam Nor, pelakon ini mahu menukarnya menjadi Rosyam Yes pula. - Gambar Astro AWANI
BACA : Rosyam Nor perluas jenama diri sendiri menerusi bisnes pasaraya
BACA : 'Jangan jatuhkan perniagaan orang' - Rosyam Nor
Rosyam atau nama sebenarnya, Mohamed Noor Shamsuddin berkongsi kisah kejayaannya dalam gelanggang seni dan perniagaan di hadapan lebih 350 peserta yang terdiri daripada usahawan tempatan.
Pengarah Urusan syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. itu merupakan salah seorang speaker yang muncul dalam persidangan Jiwa SME 2019 yang berlangsung selama dua hari di hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.
Dalam sesinya, Rosyam berkongsi kepayahan yang membesar di setinggan sebelum mencipta kejayaan untuk bergelar selebriti berjaya dan merintis jalan untuk menjadi usahawan yang hebat.
Persidangan Jiwa SME 2019 merupakan platform komprehensif yang menghubungkan usahawan-usahawan PKS untuk membina hubungan, mencipta peluang serta menginovasi idea bagi memberi nafas baharu kepada perniagaan mereka.
Topic Berkaitan
#jenama
#JIWA SME
#perniagaan
#PKS
#Rosyam Noor
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan