awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inisiatif #MuzikDiRumah, hiburan untuk peminat muzik tempatan sepanjang PKP

Bernama
Bernama
09/04/2020
23:15 MYT
Inisiatif #MuzikDiRumah, hiburan untuk peminat muzik tempatan sepanjang PKP
Ia bertujuan menghiburkan peminat muzik tempatan di samping menggalakkan mereka untuk duduk di rumah. - Bernama
Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) membawakan inisiatif #MuzikDiRumah bagi menyediakan lebih banyak kandungan digital untuk dinikmati rakyat Malaysia sepanjang tempoh PKP.
KKMM dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan hiburan dalam talian itu diinspirasikan daripada projek #togetherathome oleh artis antarabangsa bertujuan menghiburkan peminat muzik tempatan di samping menggalakkan mereka untuk duduk di rumah.
"Program itu menghimpunkan pelbagai artis ternama, pemuzik serta personaliti hiburan tanah air termasuklah Datuk Jamal Abdillah, Kumpulan Hujan dan Ayda Jebat yang akan bersiaran di laman sesawang www.muzik.my.
"Hiburan dalam talian ini juga memberi impak ekonomi yang sederhana dan menjana pendapatan artis serta kru penerbitan yang terlibat selain menanam semangat kekitaan dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dalam mengharungi COVID-19," menurut kenyataan itu.
Program yang telah bermula sejak 8 April itu juga mampu menyebarkan mesej positif dan maklumat penting melalui platform media sosial, katanya lagi.
Program #MuzikDiRumah disertai lebih 300 artis dan kru produksi serta penerbit melalui lapan konsert mega berdurasi 45 minit, 38 konsert mini berdurasi 30 minit, 84 persembahan dalam bentuk lagu, pesanan khidmat awam serta video temu bual oleh artis tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#artis
#duduk rumah
#hiburan
#KKMM
#konsert
#media sosial
#MuzikDiRumah
#pemuzik
#penyanyi
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan