HIBURAN
INNOVATHON kembali untuk musim ketiga, ayuh sertai uji bakat sekarang!

INNOVATHON Musim Ketiga akan mula bersiaran bermula 1 Disember 2025, imbas kod QR untuk maklumat lanjut.
KUALA LUMPUR: Program realiti inovasi yang paling dinanti-nantikan, INNOVATHON, kembali lagi dengan musim ketiganya bagi meneruskan misi mencungkil bakat dan idea luar biasa dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya generasi muda.
Ringkasan AI
- Program realiti inovasi paling dinantikan, INNOVATHON kembali lagi untuk musim ketiga.Inisiatif ini adalah hasil kerjasama strategik antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama syarikat penyiaran utama negara Astro.Menerusi sebuah kenyataan, INNOVATHON Musim Ketiga ini turut meneruskan usahasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi mencungkil bakat inovasi dalam kalangan generasi muda.
Lebih membanggakan, program ini turut meraih pengiktirafan antarabangsa apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Emas di Content Asia Awards 2024.
Bagi musim baharu ini, sesi uji bakat fizikal telah dan sedang berlangsung di beberapa lokasi utama seluruh negara.
Zon Borneo menjadi destinasi pertama pada 10 dan 11 Jun serta 1 dan 2 Julai, diikuti Zon Utara pada 24 dan 25 Jun, dan Zon Timur pada 15 dan 16 Julai lalu.
Zon Selatan pula bakal berlangsung pada 29 dan 30 Julai, manakala Zon Tengah akan menutup tirai sesi uji bakat pada 4 dan 5 Ogos ini.
Adakah anda pencipta idea luar biasa yang dicari selama ini?
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai INNOVATHON musim ketiga dan rebut hadiah utama berupa wang tunai RM100,000, selain dana sokongan pembangunan perniagaan bernilai terkumpul sehingga RM1 juta!
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari https://form.jotform.com/243562150179052 atau https://gempak.com/innovathon.
Hadiri uji bakat fizikal di lokasi dan tarikh pilihan anda - dan buktikan anda adalah inovator masa depan negara!
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami