PENYANYI Nubhan menjelaskan dia tidak merasakan gambar tidak berbaju yang dikongsinya di Instagram baru-baru ini melampaui batas.
Ketika dihubungi Gempak, Nubhan mengatakan dia tidak berniat untuk mengundang pelbagai persepsi negatif di kalangan netizen, sebaliknya hanya berkongsi gambar tersebut untuk memotivasikan diri agar terus berusaha mendapatkan bentuk badan yang menarik.
"Saya tak rasa gambar itu melampaui batas, orang lain pun ada yang buat begitu.
"Lagipun gambar itu lebih menampakkan bahagian atas badan saya, saya rasa ia taklah keterlaluan.
"Saya tidak berniat untuk mengundang pendapat negatif dari netizen, akaun Instagram saya adalah hak saya, saya boleh kongsi apa yang saya mahu tapi mungkin netizen berasa terkejut kerana saya tidak pernah buat begitu sebelum ini.
"Saya kongsi gambar itu untuk menambah motivasi supaya saya lebih bersemangat untuk sentiasa ke gimnasium," ujarnya.
Namun begitu, Nubhan telah memadam gambar itu untuk tujuan kebaikan.
Nubhan dan isterinya, Afifah Hidayah Taufek mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 di Seremban, Negeri Sembilan.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan Aafiya Kamilia berusia setahun dan isterinya kini sedang hamil anak kedua.
Gempak
Wed Dec 19 2018
Nubhan mengatakan dia tidak berniat untuk mengundang pelbagai persepsi negatif di kalangan netizen, sebaliknya hanya berkongsi gambar tersebut untuk memotivasikan diri agar terus berusaha mendapatkan bentuk badan yang menarik. - Foto Astro GEMPAK
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Instagram saya hak saya, tapi mungkin ...' - Nubhan jawab isu tayang badan di IG
Penyanyi Nubhan menjelaskan dia tidak merasakan gambar tidak berbaju yang dikongsinya di Instagram baru-baru ini melampaui batas.