awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri pernah keguguran, Abang Tesla nafi kahwin dua sebab zuriat

Gempak
Gempak
27/08/2023
04:00 MYT
Isteri pernah keguguran, Abang Tesla nafi kahwin dua sebab zuriat
Khal (kanan) memohon agar para netizen tidak membuat sebarang spekulasi dan mendoakan yang baik-baik buat mereka sekeluarga. -Gempak
PENCIPTA kandungan TikTok, Abang Tesla menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dia berkahwin dua disebabkan masalah zuriat.
Pemilik nama lengkap Muhammad Khal Iltizam Yusry itu berkata, perkara berkaitan hal rumah tangga mereka itu tidak perlu diperbesarkan oleh orang lain.
“Sebab apa berkahwin lain ini saya tak boleh nak kongsi lanjut kerana banyak hati yang perlu dijaga iaitu keluarga, hati isteri saya, hati pihak di sebelah sana. Tapi apa yang penting adalah ke arah kebaikan.
“Kalau nak cakap cerita mengenai anak sebenarnya tak, sebab kita pun sudah melakukan rawatan persenyawaan In Vitro (IVF) dan isteri saya pun pernah mengandung cuma tak ada rezeki.
“Jadi pada saya isu dalaman rumah tangga itu tak perlu diceritakan. Sebab lagi banyak dikongsi lagi banyak aib dibuka.
“Jadi lebih baik jaga diri masing-masing dan sihatkan minda anda,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Khal juga memohon netizen tidak membuat sebarang spekulasi dan mendoakan yang baik-baik buat mereka sekeluarga.
“Jangan komen bukan-bukan sebab kita tidak tahu kalau benda ni akan berbalik pada diri, keluarga kita macam mana?
“Jadi doakan yang baik-baik sebab kami pun alhamdulillah bahagia. Insya-Allah kami akan bahagia sampai bila-bila.
"Doakan yang terbaik, itu sahaja yang kami minta,” jelasnya.
Terdahulu, Abang Tesla menerima kritikan hebat dalam kalangan netizen selepas memuat naik video yang menunjukkan isteri pertamanya bersetuju untuk dia berkahwin dua.
Ramai memberikan respons negatif terhadap tindakannya itu, dan tidak kurang ada juga yang kecewa kerana Abang Tesla menjadikan kisahnya mendirikan rumah tangga buat kali kedua sebagai kandungan media sosial. -Gempak
Topic Berkaitan
#Abang Tesla
#bukan sebab zuriat
#Muhammad Khal Iltizam Yusry
#hal rumah tangga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan