ISU hak penjagaan haiwan peliharaan ternyata melambatkan prosiding perceraian penyanyi pop Mandy Moore dan suaminya Ryan Adams.

Lapor majalah Us Weekly, Moore kini meminta bantuan Adams kerana pasangan itu mempunyai enam kucing dan dua anjing.

Menurut dokumen penceraian, Moore kini menjaga kesemua lapan haiwan berkenaan, walaupun sebelum ini Adams berjanji untuk membantu dengan menjaga sekurang-kurangnya dua kucing.

Selain itu, Moore juga membuat permintaan sokongan suami (spousal support) kerana Adams, yang merupakan penyanyi rock, mempunyai pendapatan AS$151,000 (RM654,883.82) sebulan dan Moore dilaporkan menjana satu suku daripada jumlah itu sebulan.

Moore yang bermula di dalam industri hiburan pada tahun 1999 dengan single Candy berkahwin dengan Adams pada tahun 2009.

Mereka berpisah pada tahun 2014 dan tidak memiliki cahaya mata.