Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menegaskan tindakan cukai pendapatan dikenakan kepada setiap individu mengikut prosedur dan rekod dimiliki.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN, Datuk Abdul Manap Dim berkata untuk makluman, pembayar cukai memiliki ruang membantah dan mendapat penjelasan sekiranya tidak berpuas hati dengan cukai dikenakan.

Menurutnya, LHDN mengambil tindakan mengikut prosedur ditetapkan dan melakukan taksiran berdasarkan maklumat yang ada tanpa mengira identiti pembayar cukai.

"Jadi, saya seru tak kira sama artis atau sesiapa pun diminta datang ke pejabat LHDN untuk melakukan taksiran diperlukan, yang mana kami akan beri perhatian.

"Kita mengikut prosedur untuk semua pembayar cukai," katanya pada sidang media selepas Program Tanggungjawab Sosial di Dewan Orang Ramai Kampung Tradisi Lembah Keriang, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau sedemikian ketika diminta mengulas dakwaan pelakon, Datin Diana Danielle yang tidak berpuas hati selepas namanya disenarai hitam daripada keluar negara berikutan memiliki tunggakan cukai pendapatan dengan LHDN dianggarkan sebanyak RM350,000.

Menurut beliau, mana-mana pembayar cukai tidak berpuas hati memiliki ruang bagi membantah dan membawa perkara terbabit ke mahkamah.

Katanya, LHDN tidak mengambil tindakan mengenakan cukai terhadap segelintir pihak sahaja, sebaliknya cukai dikenakan kepada semua tanpa mengira siapa mereka.

"Kita ingin tegaskan bahawa cukai dikenakan bukan kepada sebilangan pihak semata-mata, sebaliknya semua orang tidak kira samada artis, menteri ataupun kakitangan LHDN sekalipun turut dikenakan cukai pendapatan," katanya.

Semalam, Diana Danielle meluahkan ketidakpuasan hati apabila namanya disenarai hitam LHDN melalui hantaran di akaun Instagram miliknya.

Melalui Instagram, Diana memaklumkan dia tidak berpuas hati apabila dikenakan sekatan ke luar negara kerana didakwa memiliki tunggakan cukai pendapatan sebanyak RM350,000.

Bagaimanapun, katanya, LHDN bukan hanya belum mengemukakan sebarang dokumen, malah tidak memiliki hak meminta dirinya membayar cukai berikutan agensi itu belum membayar 'hutang' RM100,000 dituntutnya sejak tahun lepas.

Hello MalayMail. First off, u never interviewed me, secondly your understanding is far off. Salahnya info korang. I DAH BAYAR TAXES, my case is DONE since 2017, yang saya tunggu adalah refund saya balik kerana dah SETAHUN tunggu belum dapat lagi, my taxes tak sampai seratus ribu tapi I dah bayar lebih sebab every time I needed to exit the country they will ask for 50k, 70k sekali masuk & keluar, so it added up to 100k++, so sambil I tunggu dapat balik my money, tup tup, I kena blacklisted! My tax agent yg selalu berhubungan dgn diorg for me pun terkejut sbb to our understanding we have no outstanding yg sampai perlu diblacklist, and as far as I know, there is no warning letter or email received... I dah hantar letter on Monday asking why, sampai harini I masih tak dapat reason for this. Persoalannya, kenapa lama sangat nak refund tapi cepat sgt nak blacklist sampai kita semua terkejut and tak faham kenapa. Mana “budi bicara” yg sinonim dgn mereka? That is MY issue yg I bangkitkan. Now pls correct your article. . Kalau anda org biasa mcm saya, yg tak tahu nak buat offshore account, tak ada emas bawah peti ais, dan tak ada accountants mahal2 yg boleh lesapkan pendapatan, mana mungkin I boleh lari taxes. I bayar dan we have our tax agent to take care of our account. So macam mana saya tak pelik bila nak melangkah keluar ke singapore, abg imigresen tu malu2 nak cakap “um cik, cik nampaknya ada blacklisted dari LHDN 2 minggu lepas”. AIK! Terkejut tak kalau kat pintu negara org tiba2 dihulur news secantik itu? Malu eh, nak berbalas dgn en immigresen sedangkan kita pun memang tak tahu! Saya agak terkilan dan terus minta ibu saya hubungi my tax agent yang langsung terkejut jua AIK! Bila masa kita ada outstanding lagi, so sampai skrg I still tak tahu walau dah hantar surat untuk mengetahui status saya. Sekian.

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on