awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IU adakan dua pertunjukan di Kuala Lumpur pada Jun, tiket mula dijual 26 Mac

Astro Awani
Astro Awani
21/03/2024
15:25 MYT
IU adakan dua pertunjukan di Kuala Lumpur pada Jun, tiket mula dijual 26 Mac
Peminat IU yang dikenali sebagai Uaenas boleh membeli tiket untuk kedua-dua malam pada 26 Mac, mulai tengah hari, di laman web tiket rasmi my.bookmyshow.com. - Gambar IG dlwlrma
KUALA LUMPUR: Kali terakhir penyanyi dan pelakon Korea Selatan IU berada di Malaysia persembahan konsert adalah pada 21 Disember 2019.
Lima tahun kemudian, bersempena dengan Konsert Jelajah Dunia IU HER 2024, artis berusia 30 tahun itu akan membuat persembahan selama dua malam di Axiata Arena Kuala Lumpur pada 8 dan 9 Jun.
Peminat IU yang dikenali sebagai Uaenas boleh membeli tiket untuk kedua-dua malam pada 26 Mac, mulai tengah hari, di laman web tiket rasmi my.bookmyshow.com
Tiket berharga antara RM399 dan RM949 tertakluk kepada caj pemprosesan sebanyak RM4.
IU memulakan jelajah di Seoul pada Mac dan akan ke pelbagai bandar termasuk Osaka, Bangkok, London dan Los Angeles sehingga Ogos.
Salah satu persinggahannya adalah di Singapura pada 20 dan 21 April, di mana tiket habis dijual dalam masa tiga jam sahaja.
IU yang memulakan penampilan pada tahun 2008 telah mengeluarkan banyak lagu hit seperti Celebrity , Eight, Bbibbi dan Blueming.
Pada 20 Februari, penyanyi itu mengeluarkan album EP The Winning yang menampilkan lagu seperti Shopper dan Love Wins All.
Sebagai pelakon, IU atau nama sebenarnya Lee Ji-eun telah membintangi K-drama popular termasuk Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo , My Mister dan Hotel Del Luna .
Topic Berkaitan
#konsert
#K-Drama
#lagu hit
#caj pemprosesan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan