Filem tempatan yang berkisar mengenai alam Melayu, kebudayaan dan agama mampu menjulang negara ke tahap lebih tinggi termasuk memenangi anugerah Oscar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata pemain industri filem negara dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), perlu merangka strategi dan perancangan berkesan jika ingin mencapai sasaran tersebut.
"(Ia) Satu projek yang boleh eksport budaya jati diri ke peringkat antarabangsa. Tidak semestinya mengaut untung. Matlamatnya adalah patriotisme. Kaedah pelaksanaan, saya serahkan kepada kumpulan profesional daripada saudara-saudari. Mesti ada sasaran dan perbaharui tekad.
"Ini mungkin pemangkin atau ilham. Jika ditonton di sini, mungkin boleh lonjakkan semangat patriotik dan jika ditayangkan di luar negara, ia berkenaan jati diri kita," katanya sewaktu melawat FINAS di Petaling Jaya, dekat sini, pada Selasa. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
Saifuddin berkata mereka boleh mengguna pakai sasaran dalam bidang sukan bagi mendapatkan pingat emas seperti di peringkat Olimpik, Komanwel dan Asia, sebagai kriteria untuk layak ke Oscar dan perlu menyusun strategi untuk menjayakan misi itu.
Beliau berkata kerajaan juga sedia membantu pengusaha bidang filem dan produksi negara yang sudah mempunyai nama, selain mereka dalam kategori inkubator dan kategori khas bagi memajukan industri perfileman Malaysia.
Saifuddin berkata pemain industri tempatan boleh menjadikan contoh negara lain yang telah berjaya membawa filem mereka ke Oscar, untuk menyahut cabaran tersebut dan merealisasikannya jika ingin mengangkat filem tempatan ke taraf antarabangsa.
"Seharusnya kandungannya perlu selaras dengan dasar kreatif negara, etika penyiaran, dasar kerajaan dan dihasilkan dengan perancangan sebaik-baiknya," katanya.
Terdahulu, dalam lawatan ke Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) di sini, Saifuddin berkata kemahiran multitasking perlu diterapkan jika ingin melonjakkan pemain industri penyiaran, kewartawanan dan kreatif negara ke tahap lebih tinggi.
"Terdapat keperluan untuk melahirkan individu dan kumpulan yang bukan sahaja mahir dalam bidang masing-masing malah mampu membuat keputusan penting demi kemajuan industri mereka ...perlu membangunkan kumpulan pengurus-seniman, seniman-pengurus, penulis-pengurus, pengurus-penulis dan yang berkaitan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 16 2020
SAIFUDDIN: Jika ditonton di sini, mungkin boleh lonjakkan semangat patriotik dan jika ditayangkan di luar negara, ia berkenaan jati diri kita. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tegkang, filem terbitan Sarawak di pawagam mulai hari ini
Hampir semua penggambaran filem ini dibuat di tanah tinggi Bario, dengan anak tempatan Josh Nawan sebagai pengarah serta penulis skrip.
Filem 'Abang Adik' wakili Malaysia di Anugerah Akademi ke-97
Pemilihan filem arahan sulung pengarah Jin Ong itu dibuat hasil beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) Finas.
Mega Fans Screening Filem Takluk: Lahad Datu
Filem ini bukan sahaja mengangkat kisah benar yang menyentuh hati, tetapi juga memperingati keberanian para wira yang mempertahankan tanah air.
Afdlin Shauki saran pengarah muda sertai komuniti PFM
PFM mampu menjadi wadah untuk menimba ilmu berkenaan kaedah yang tepat menghasilkan filem, daripada mereka yang lebih berpengalaman.
Perlu strategi tepat, karya yang betul untuk tembusi pasaran Indonesia - Erma Fatima
Erma percaya strategi yang mantap, selain karya yang betul dan berkualiti adalah kunci untuk menjayakan misi tersebut.
Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau
Usanita Sdn Bhd berjaya menyelesaikan misi penting tiga hari di Jakarta yang memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Dune: Part Two sajian epik penuh estetika
Dune: Part Two meneruskan kisah epik Paul Atreides yang bertukar daripada seorang bangsawan menjadi pemberontak sekali gus pejuang.
Finas diminta teliti skim wajib tayang - Fahmi
Terdapat sedikit masalah dengan skim sedia ada yang menyebabkan sesetengah pihak mengambil kesempatan menyiapkan filem-filem mereka.
Festival Filem Iran Malaysia 2024 tayang enam filem terbaik Iran
Enam filem terbaik itu ialah Henas, The Painting Pool, Track 143, Bodyguard, No Prior Appointment dan Today.