awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gaza terima 54 jenazah rakyat Palestin, puluhan tinggalan jasad daripada Israel
Menteri Luar Australia pertahan lawatan Presiden Israel, gesa hormati sensitiviti komuniti
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jamal Abdillah timang anak ketujuh pada usia 66 tahun

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2025
04:20 MYT
Jamal Abdillah timang anak ketujuh pada usia 66 tahun
Jamal berkongsi gambar beliau bersama cahaya mata ketujuh beliau yang lahir pada 9.38 pagi Selasa. - Gambar ihsan Jamal Abdillah
KUALA LUMPUR: Penghibur popular tanah air, Datuk Jamal Abdillah, 66, menyambut kehadiran cahaya mata ketujuh beliau pada 9.38 pagi tadi.
Seniman yang juga dikenali sebagai Raja Pop itu dikurniakan bayi perempuan seberat 2.94 kilogram (kg).
Berita gembira itu dikongsi Jamal dengan Astro AWANI melalui mesej di aplikasi WhatsApp.
"Alhamdulillah, pembedahan semua sempurna, anak dan isteri kedua-duanya okay. Sangat bersyukur Allah memberi kami rezeki ini.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menitipkan ucapan tahniah," kata Jamal dalam kiriman mesej itu.
Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidilah Ali sebelum ini dilaporkan berhasrat untuk menamakan anak ketujuhnya itu dengan nama Magdalena Yamani, iaitu gadis yang dipuja Nabi Yusof.
Bayi ketujuh itu merupakan cahaya mata kelima penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Kekasih Awal dan Akhir itu dengan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 29.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017 itu sebelum ini dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 6; El Isaac Yamani, 5; Iskandar Rayyan Yamani, 3; dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 2.
Jamal juga mempunyai lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 18.
Topic Berkaitan
#jamal abdillah
#anak ketujuh
#Magdalena Yamani
#Kekasih Awal Dan Akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan