ENTERTAINMENT
"Jangan tuduh Jason Kennedy" - Catt Sadler

Sadler letak jawatan selepas mengetahui bahawa pengacara bersama, Jason Kennedy diberi gaji dua kali ganda gajinya sendiri. - Instagram @iamcattsadler
PENGACARA terkenal E!, Catt Sadler, menyeru netizen supaya tidak mengaitkan keputusan letak jawatannya dengan pengacara bersama, Jason Kennedy.
Di laman Instagramnya, Sadler berkata "Jangan tuduh rakan saya Jason Kennedy. Dia sentiasa membantu dan berada di sisi saya selama ini. Ia menyakitkan hati untuk melihat ramai menuduhnya."
Pengacara Daily Pop dan E! News itu juga berkata "Jika hendak marah, tujukan emosi itu ke arah pembuat keputusan, bukan Jason Kennedy."

Sadler menyeru netizen supaya tidak menuduh Jason Kennedy
Dalam pos yang sama, Sadler turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami