awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Janna Nick tak guna elemen viral untuk lariskan produk

Gempak
Gempak
07/12/2017
06:00 MYT
Janna Nick tak guna elemen viral untuk lariskan produk
Janna Nick tidak gunakan elemen viral untuk lariskan produk sebaliknya cukup dengan mempertaruhkan prestasi dan kualiti produk. - Instagram/Janna, Aqoimran, Sharhim Khan
PELAKON Janna Nick tidak menggunakan elemen viral untuk melariskan produk lakonan dan nyanyiannya.
Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 22, mempunyai jawapan tersendiri ketika diajukan mengenai penggunaan kuasa media sosial untuk melariskan sesuatu produk.
“Secara umum, bagi saya, penggunaan elemen viral itu terpulang kepada apa yang ingin dipromosikan. Harus dilihat juga, viral dalam cara yang bagaimana serta apa mahu ditampilkan.
“Kalau dengan kuasa media sosial boleh mendatangkan sesuatu yang baik, apa salahnya. Elemen viral juga boleh menjadi medium promosi dan publisiti untuk memperkenalkan sesuatu produk,'' kata Janna ketika ditemui di majlis pelancaran single Akan Bercinta di Neway Karaoke Subang Jaya, semalam.
Namun bagi Janna, dia memilih untuk tigak menggunakan medium viral bagi melariskan sesuatu produk.
Baginya, cukup sekadar yakin dengan prestasi dan kualiti produk, pasti ia akan membuahkan hasil.
Menerusi single terbaru Janna, dia menggunakan khidmat vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza sebagai komposer dan penulis lirik.
“Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Aepul. Muzik video lagu ini juga merupakan sesuatu yang istimewa kerana menjalani penggambaran di Rome, Itali pada penghujung November lalu.
“Istimewanya muzik video ini, saya bertindak selaku pengarah dan ia juga diangkat menjadi lagu tema bagi drama bersiri 'My Coffee Prince' lakonan saya bersama Fattah Amin,” katanya lagi.
Jangan lupa saksikan 'My Coffee Prince', setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
#Aepul Roza
#Akan bercinta
#Drama Band
#Fattah Amin
#Itali
#Janna Nick
#komposer
#My Coffe Prince
#Nurul Jannah Muner
#pelakon
#Penulis lirik
#Rome
#Subang Jaya
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan