awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jay-Z didakwa rogol budak 13 tahun, akan duduk bincang dengan Beyonce

Gempak
Gempak
09/12/2024
06:31 MYT
Jay-Z didakwa rogol budak 13 tahun, akan duduk bincang dengan Beyonce
Jay-Z memberitahu akan ‘duduk’ berbincang dengan isterinya Beyonce mengenai fitnah yang dilemparkan kepadanya. - Gempak
SATU lagi nama besar dunia Hollywood bakal masuk dalam daftar pelaku jenayah seksual.
Kali ini, rapper terkenal Jay-Z didakwa merogol seorang budak berusia 13 tahun pada 2000. Perbuatan terkutuk itu didakwa dilakukan bersama Sean Diddy Combs, lapor NBCNews.
Seorang wanita dengan identiti rahsia Jane Doe mendakwa telah dirogol Jay-Z atau nama sebenarnya Shawn Carter usai parti MTV Video Music Awards.
Doe pertama kali memfailkan pertuduhan terhadap Combs pada pada Oktober lalu di Southern District di New York.
Dia bagaimanapun memfailkan saman semula dengan memasukkan nama Jay-Z sebagai salah seorang individu yang telah merogolnya pada tahun 2000.
Rapper yang juga seorang usahawan menafikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya dengan menyifatkan ia sebagai keji.
“Pertuduhan yang dilemparkan kepada saya sangat keji. Individu yang mendakwa saya seharusnya menerima pembalasan yang setimpal jika pertuduhan ini tidak berasas,” ujar kenyataan yang dikeluarkan Jay-Z kepada media.
Malah Jay-Z memberitahu akan ‘duduk’ berbincang dengan isteri, Beyonce mengenai fitnah yang dilemparkan kepadanya.
“Saya sangat berduka dan sedih memikirkan pertuduhan ini memberi impak kepada keluarga saya. Saya akan duduk berbincang dengan isteri dan anak-anak.
“Saya percaya pasti ada dalam kalangan rakan anak-anak saya membaca berita tidak berasas ini dan mereka akan bertanya tentang tuduhan keji ini kepada mereka.
“Berita seperti ini tidak sepatutnya dibaca oleh anak-anak. Tidak adil untuk mereka berdepan fitnah seperti ini,” katanya kepada DailyMail.com.
Jay-Z, 55, berkahwin dengan superstar Beyonce pada tahun 2008. Hasil perkahwinan mereka mempunyai tiga cahaya mata iaitu Blue Ivy, 12, dan kembar Rumi serta Sir, 7 tahun. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Jay-Z
#didakwa rogol budak
#Sean Diddy Combs
#Beyonce
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan