LOS ANGELES: Pelakon dan pelawak Jim Carrey membidas penonton majlis Anugerah Akademi yang memberi penghormatan berdiri kepada aktor Will Smith sebaik namanya diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik sejurus selepas insiden Chris Rock ditamparnya.
Bahkan tegas Carrey, 60, jika berada di kedudukan Rock, dia tidak akan teragak-agak menyaman Smith AS$200 juta kerana video insiden itu akan kekal selama-lamanya.
“Saya sangat tidak selesa. Penghinaan itu akan kekal untuk tempoh masa yang lama. Kamu tidak ada hak untuk berjalan menuju ke pentas dan menampar seseorang hanya kerana kata-kata yang keluar dari mulutnya,” kata Carrey kepada hos Gayle King dalam program CBS Moning News.
Pelakon utama filem The Ace Ventura itu tidak menolak kemungkinan ada sesuatu yang ‘tidak kena’ dalam diri Smith sehingga menyebabkan dia bertindak sedemikian rupa sekali gus memperlihatkan sikapnya yang pentingkan diri sendiri.
Reaksi Carrey itu susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon Whoopi Goldberg yang juga menduduki kerusi ahli Lembaga pengarah Academy yang menegaskan, Smith boleh sahaja menyimpan trofi Oscar yang diraihnya, namun, aktor itu akan berhadapan dengan ‘implikasi yang besar’ kerana tiada siapa yang boleh menerima apa yang berlaku.
Majlis Oscar 2022 yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia dicemari dengan insiden aktor ternama Will Smith menampar selebriti Chris Rock di pentas anugerah berprestij itu di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad malam (Isnin pagi waktu Malaysia).
Insiden itu berlaku gara-gara Smith berang apabila Rock mempersenda isterinya, Jada yang kini muncul dengan imej botak.
Sejurus selepas melakukan tindakan yang mengejutkan seluruh khalayak penonton, Smith turun dari pentas dan kembali ke tempat duduknya seraya menjerit ke arah Rock dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.
Bagaimanapun, penonton di rumah tidak berpeluang mendengar apa yang keluar dari mulut Smith berikutan audio disenyapkan.
Agensi
Wed Mar 30 2022
Jim Carrey membidas penonton majlis Anugerah Akademi yang memberi penghormatan berdiri kepada aktor Will Smith sebaik namanya diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik sejurus selepas insiden Chris Rock ditamparnya. - Gambar media sosial
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
Jim Carrey akan saman Will Smith AS$200 juta kalau berada di kedudukan Chris Rock
Jim Carrey juga bidas penonton Oscar yang beri penghormatan berdiri kepada aktor Will Smith.
Bekas teman wanita tinggalkan nota untuk Jim Carrey sebelum bunuh diri
Bekas teman wanita tinggalkan nota untuk Jim Carrey sebelum bunuh diri