awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jungkook BTS disah pulih COVID-19, akan beraksi di pentas Grammy

Astro Awani
Astro Awani
03/04/2022
09:06 MYT
Jungkook BTS disah pulih COVID-19, akan beraksi di pentas Grammy
Jungkook telah menjalani ujian pada Sabtu dan disahkan negatif COVID-19. - Gambar/ instagram @jungkook.97
ANGGOTA kumpulan BTS, Jungkook yang sebelum ini disahkan positif COVID-19 sebaik tiba di Amerika Syarikat (AS) bagi menghadiri majlis Anugerah Grammy, kini disahkan pulih sepenuhnya dan akan menyertai kumpulan itu membuat persembahan, pada Ahad.
Perkara itu diumumkan Big Hit Music yang memberitahu Jungkook telah menjalani ujian pada Sabtu dan disahkan negatif COVID-19, lapor Soompi.
"Kami ingin memaklumkan bahawa ahli BTS Jungkook telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan tempoh kuarantinnya telah tamat pada Sabtu, 2 April.
"Jungkook telah menjalani kuarantin dan rawatan kendiri sejak 27 Mac, dan mengikut garis panduan pihak berkuasa kesihatan di AS.
"Jungkook boleh meneruskan aktiviti hariannya mulai hari ini. Dia mengalami sedikit sakit tekak semasa kuarantin tetapi telah pulih," kata kenyataan Big Hit Music pada Ahad.
BACA: Jungkook BTS positif COVID-19 sebaik tiba di Amerika untuk hadiri Grammy
Selain menjadi sebahagian daripada barisan penghibur untuk Anugerah Grammy, BTS juga dicalonkan untuk Persembahan Duo/Kumpulan Pop Terbaik, yang menjadi pencalonan kedua mereka dalam kategori tersebut.
Topic Berkaitan
#BTS
#Jungkook
#positif COVID-19
#Anugerah Grammy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan