awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Justin Bieber kembali dengan album Swag selepas empat tahun

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
11/07/2025
10:49 MYT
Justin Bieber kembali dengan album Swag selepas empat tahun
Penyanyi pop antarabangsa Justin Bieber kembali menghangatkan industri muzik dengan pelancaran album studio ketujuh berjudul Swag. - Foto IG lilbieber
SELEPAS empat tahun menyepi, penyanyi pop antarabangsa Justin Bieber kembali menghangatkan industri muzik dengan pelancaran album studio ketujuh berjudul Swag pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Album studio ketujuh ini menampilkan 20 lagu bertemakan kematangan, tanggungjawab dan perjuangan emosi, termasuk -Dadz Love, Devotiondan Therapy Session.
  • Konfrontasi Bieber dengan paparazi pada Hari Bapa dijadikan elemen visual dan audio dalam album, termasuk dalam lagu Butterflies.
  • Album ini menampilkan kolaborasi bersama Sexyy Red, Cash Cobain dan Gunna serta memaparkan sisi keluarga Bieber bersama isterinya Hailey dan anak mereka Jack Blues.

Album baharu itu memuatkan 20 lagu, antaranya Dadz Love, Devotion dan Therapy Session, yang membawa tema berkisar kematangan, tanggungjawab serta perjuangan emosi.
Kemunculan semula penyanyi kelahiran Kanada itu turut menarik perhatian selepas satu video tular memperlihatkan dirinya berdepan paparazi yang kemudiannya menjadi inspirasi kepada elemen visual dan audio dalam album berkenaan.
Dengan durasi hampir sejam, Swag menyaksikan Bieber berkolaborasi bersama beberapa nama besar dalam arena hip hop termasuk Sexyy Red, Cash Cobain dan Gunna.
Judul album ini turut mengimbau semula era awal karier Bieber, khususnya lagu Boyfriend pada tahun 2012 yang popular dengan frasa “swag”.
Gambar promosi yang dimuat naik di media sosial menunjukkan sisi peribadi beliau bersama isterinya Hailey Bieber dan anak lelaki mereka, sekali gus memberi gambaran transformasi imej penyanyi itu sejak album terakhirnya, Justice yang diterbitkan pada 2021.
Topic Berkaitan
#Justin Bieber
#album Swag
#justice
#Hailey Bieber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan