PELAKON Aaron Aziz mengakui kesal apabila ada pihak yang sengaja menyamar menjadi dirinya untuk memperdaya rakan-rakan artis.

Menerusi entri di Instagram (IG), Aaron menjelaskan sehingga kini sudah ada tiga orang artis yang menjadi mangsa kepada individu terbabit.

"Assalamualaikum, saya nak beritahu kepada rakan-rakan artis agar berhati-hari ada scammer yang menjadi diri saya menerusi berbagai cara.

"Dia dah hubungi tiga rakan artis menggunakan nama saya, saya harap yang lain berwaspada dengan nombor telefon akhirnya 5627 jangan layan.

Dunia social media memang bahaya. Pandai guna pandai berwaspada. #hentikanscamming

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on


"Kepada rakan artis yang kenali saya, saya tidak akan hubungi anda tanpa sebarang sebab.

"Kepada budak ni buatlah perkara yang lebih berfaedah, jadilah diri anda sendiri kalau nak jadi orang lain jadilah pelakon.

"Macam mana pun anda kena jawablah dekat dalam kubur nanti sebab penipu jadi orang lain," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata berharap agar Aaron dapat membuat laporan polis supaya individu terbabit dapat diberkas.