Pasangan selebriti Kanye West dan Kim Kardashian bakal menimang cahaya mata pertama apabila Kim disahkan mengandung.

West mendedahkan berita tersebut ketika menjayakan sebuah konsert di Resort Revel Ovation Hall baru-baru ini.

Menariknya dia menyampaikannya dalam bentuk lagu.

Peminat menyambut khabar itu dengan memberi sorakan dan tepukan gemuruh.

Anggota keluarga Kardashian juga berkongsi berita gembira itu menerusi laman Twitter.

Bagaimana pun kedua-dua pihak masih belum memberi apa-apa kenyataan rasmi berkenaan kehamilan ini.

Pasangan ini mula menunjukkan kemesraan mereka di depan umum pada Mac tahun lalu.

Kim pernah mengahwini bintang bola keranjang, Kris Humphries pada Ogos 2011 namun berpisah selepas 72 hari berkahwin.

Sehingga kini, perbicaraan kes perceraian mereka masih belum selesai.