awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Katy Perry nyaris jatuh atas penonton, rama-rama gergasi 'terjunam' ketika konsert

Astro Awani
Astro Awani
20/07/2025
04:40 MYT
Katy Perry nyaris jatuh atas penonton, rama-rama gergasi 'terjunam' ketika konsert
Katy Perry mengalami detik cemas apabila prop rama-rama gergasi yang dinaikinya semasa konsert di San Francisco mengalami kerosakan teknikal di udara. -Gambar X / Pop Base
PENYANYI pop terkenal Katy Perry mengalami detik cemas apabila prop rama-rama gergasi yang dinaikinya semasa konsert di San Francisco mengalami kerosakan teknikal di udara.

Ringkasan AI
  • Katy Perry mengalami detik cemas apabila prop rama-rama gergasi yang dinaikinya semasa konsert di San Francisco mengalami kerosakan dan hampir menyebabkan beliau terjatuh.
  • Perry berjaya menstabilkan diri dan meneruskan persembahan, kemudian memuat naik reaksi insiden ke Instagram Stories.
  • Ini merupakan insiden kedua melibatkan prop udara dalam konsert Perry dalam tempoh sebulan, ketika jelajah Lifetimes Tour untuk album 143.

Insiden pada Jumaat di Chase Center berlaku ketika Perry menyanyikan lagu hitnya “Roar” dalam konsert jelajah Lifetimes Tour.
Insiden itu hampir menyebabkan beliau terjatuh ke atas penonton.
Ketika kejadian, prop berbentuk rama-rama yang digantung di udara secara tiba-tiba condong dan menjunam beberapa kaki, menyebabkan Perry tergelincir dari tempat duduknya dan terpaksa berpaut erat pada badan prop rama-rama untuk menstabilkan diri.
Rakaman video yang dikongsi peminat di media sosial menunjukkan Perry kelihatan terkejut dan berhenti menyanyi seketika sebelum melambai kepada penonton sebagai isyarat bahawa beliau selamat.
Perry kemudian meneruskan persembahan dan menamatkan lagu tersebut dengan penuh semangat.
Perry, 40, kemudian memuat naik gambar ekspresi cemasnya ke Instagram Stories dengan kapsyen ringkas “Goodnight San Fran” sebagai reaksi kepada insiden itu.
Ini merupakan insiden kedua melibatkan prop udara dalam konsert Perry dalam tempoh sebulan, selepas kejadian serupa berlaku di Australia pada 29 Jun lalu, apabila prop berbentuk sfera logam yang dinaikinya turut condong secara tiba-tiba.
Konsert Lifetimes Tour adalah sebahagian daripada promosi album terbaharunya “143” yang kini berada di tangga keenam carta Billboard 200.
Perry dijadualkan meneruskan konsert seterusnya di Seattle pada 21 Julai sebelum menjelajah ke Kanada, Eropah dan Amerika Selatan sehingga Disember.
Topic Berkaitan
#konsert
#Katy Perry
#prop rama-rama gergasi
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan