awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Katy Perry, Taylor Swift antara artis wanita paling kaya 2015 - majalah Forbes

Syafique Shuib
Syafique Shuib
06/11/2015
01:12 MYT
Katy Perry, Taylor Swift antara artis wanita paling kaya 2015 - majalah Forbes
Katy Perry telah dinobatkan sebagai artis wanita paling kaya sepanjang tahun 2015 dengan pendapatan sebanyak $135 juta.
KATY Perry telah dinobatkan sebagai artis wanita paling kaya sepanjang tahun 2015, lapor majalah Forbes.
Beliau menewas pencabar terdekat Taylor Swift yang berada di tangga kedua.
Media antarabangsa sering melaporkan kedua-dua mereka tidak sehaluan.
Pada tahun ini, Perry berjaya memperoleh pendapatan sebanyak $135 juta (RM581.34 juta) hasil daripada siri konsert ‘Prismatic World Tour’. Selain itu, beliau menerima tawaran daripada jenama terkenal seperti Coty, Claire’s dan Covergirl.
“Saya bangga dengan kedudukan saya sebagai seorang bos, sebagai seorang individu yang menguruskan syarikat saya sendiri,” kata Perry kepada majalah itu.
Taylor Swift menerima $80 juta (RM344.50 juta) menerusi penjualan album 1989, penjualan single Widest Dreams dan konsert ‘1989 World Tour’.
Lapor majalah Forbes, tempat ketiga jatuh kepada kumpulan Fleetood Mac dengan pendapatan bernilai $59.5 juta (RM256.22 juta).
Walaupun kumpulan itu dianggotai 3 lelaki, namun ia mempunyai dua anggota wanita iaitu Stevie Nicks dan Christine McVie.
Turut termasuk dalam golongan ‘Top 5’ adalah Lady Gaga dengan pendapatan $59 juta (RM254.07 juta) dan Beyonce dengan $54.5 juta (RM234.69 juta).
Antara artis lain yang turut tersenarai adalah Britney Spears dengan $31 juta (RM133.49 juta) dan Mariah Carey dengan $27 juta (RM116.27 juta).
Topic Berkaitan
#artis wanita
#Beyonce
#britney spears
#Forbes
#Katy Perry
#Lady Gaga
#mariah carey
#Taylor Swift
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan