awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kembara masih mantap, gegar Esplanade

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
30/03/2013
23:57 MYT
Kembara masih mantap, gegar Esplanade
Masih mantap biarpun sudah lebih 20 tahun tidak beraksi bersama. Itu gambaran yang boleh diberikan terhadap persembahan kumpulan Kembara di Singapura.
Sabtu malam, pentas Esplanade menyaksikan kehebatan kumpulan lagenda ini yang belum ada penggantinya.
Persembahan dimulakan tayangan video penulis lirik yang sinonim dengan Kembara, S.Amin Shahab menyiapkan sebuah lukisan yang menceritakan tentang perjalanan kumpulan tersebut.
Kemudian, segmen pertama konsert dimulakan dengan dentuman ketukan drum oleh Shahrum yang menggegarkan dewan Esplanade disusuli 'rif' gitar A.Ali yang menjadi trademark Kembara untuk lagu Ekspress Rakyat.
Dewan seterusnya menjadi semakin gamat apabila penyanyi utama kumpulan tersebut, Datuk M.Nasir muncul di pentas.
Segmen pertama diakhiri dengan lagu Bunga Bakawali nyanyain Zoul.
Selepas itu Lagu Untuk Seorang Ibu memulakan set akustik.
Bas No 13 memulakan segmen ketiga konsert yang berlangsung selama dua jam setengah.
Harmoni nyanyian kumpulan Kembara masih seperti ketika tahun-tahun 80an.
Solo gitar A.Ali dan Zoul, petikan bass Rahman, hentakan dram Shahrom, alunan keyboard Mat Shah dan Ahmad Arkib turut mengamit nostalgia peminat yang memenuhi dewan Esplanade.
Seawal lagu Ekspress Rakyat hinggalah lagu terakhir, Gerhana, penonton menyanyi bersama.
Kepada peminat di Malaysia, kumpulan Kembara berhasrat untuk bergabung sekali di sebuah konsert istimewa mereka tidak lama lagi.
Topic Berkaitan
#Ekspres Rakyat
#Esplanade
#Gerhana
#kembara
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan