awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemenangan sulung Faizal dan Normah

Astro Awani
Astro Awani
03/03/2013
23:47 MYT
Kemenangan sulung Faizal dan Normah
Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) mencatat kemenangan manis buat pelakon Faizal Hussein, Normah Damanhuri dan Syafie Naswip.
Faizal dan Normah menang buat pertama kalinya manakala Syafie merangkul trofi keduanya untuk kategori sama menerusi pentas paling berprestij di tanah air itu.
Faizal memperoleh kemenangannya menerusi watak sebagai pembunuh upahan dari filem “Bunohan”.
Anak seniman Hussein Abu Hassan ini terharu dengan pengiktirafan pertama di FFM sejak berlakon pada 1982 menerusi “Gila-Gila Remaja” arahan arwah bapanya sendiri.
Sementara itu, watak pelacur bernama Rita menerusi filem ‘Songlap” membawa tuah buat Normah apabila diiktiraf menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
Filem Songlap juga melayakkan Syafie menang untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dimana ini merupakan trofi kedua buatnya selepas diiktiraf menerusi “Talent Time” arahan Yasmin Ahmad pada FFM23.
Sementara itu, Maya Karin yang tidak dapat hadir pada pada majlis itu, berjaya merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem “Ombak Rindu”.
Topic Berkaitan
#Faizal Hussein
#FFM25
#Normah Damanhuri
#Syafie Naswip
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan