awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian tolak permohonan konsert 'Lamb of God'

Bernama
Bernama
04/09/2013
11:30 MYT
Kementerian tolak permohonan konsert 'Lamb of God'
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menolak permohonan penganjuran konsert kumpulan heavy metal 'Lamb of God' yang dijadual berlangsung pada 28 Sept.
Menurut kenyataan KKMM hari ini, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal), semalam
"Keputusan penolakan ini dibuat secara sebulat suara setelah mendapati persembahan kumpulan ini menyentuh sensitiviti agama serta nilai-nilai budaya masyarakat Malaysia," menurut kenyataan itu.
Kumpulan dari Amerika Syarikat itu dijadual membuat persembahan di Jalan Sultan Ismail di sini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini turut membantah kehadiran kumpulan itu di negara ini.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata bantahan itu berikutan genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
Bantahan itu juga, katanya selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-72 bahawa amalan dan perbuatan kumpulan heavy metal adalah sesat serta bercanggah dengan ajaran Islam.
Topic Berkaitan
#batal
#lamb of God
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan