POPULAR dengan lagu-lagu galau, tidak hairan jika penyanyi popular Indonesia Andmesh telah membuatkan penonton Konsert Andmesh Kamaleng Live In Kuala Lumpur di Plenary Hall, KLCC pada Ahad ikut sebak sehingga mengalirkan air mata.
Andmesh pada mulanya tidak dapat menahan sebak apabila dia membawakan lagu berjudul Luka yang mengimbau kenangan bersama mendiang ayahnya, Yes Kamaleng.
Suara Andmesh ketika itu sudah mula tersekat-sekat kerana tidak dapat menahan sebak menyanyikan lagu yang menikam jiwanya.
Tidak cukup dengan itu, air mata Andmesh terus gugur bercucuran apabila menyanyikan lagu seterusnya berjudul Hanya Rindu iaitu lagu khas buat pemergian ibunya, Bernadeta Laure sebelum ini.
Ketika itu, rata-rata penonton di dalam dewan juga sudah mula menangis teresak-esak turut sebak dan memahami perasaannya lebih-lebih lagi dua adik perempuan yang hadir di konsertnya pada malam berkenaan naik ke pentas lalu memeluknya.
“Mereka berdua adalah sisa harta yang berharga saya miliki dan alasan masih tersenyum bahagia sehingga hari ini.
“Tidak kiralah ibu bapa saya ada atau tidak, pastinya mereka bangga melihat saya dari ‘sana’ yang sedang berdiri membuat persembahan di sini,” luahnya.
Visual yang dipaparkan di skrin lebar atas pentas turut memainkan peranan apabila mengimbau foto-fotonya bersama ibu bapanya yang sudah pergi meninggalkannya buat selamanya.
Bagaimanapun konsert tetap diteruskan apabila Andmesh mendendangkan lagu-lagu popularnya seperti Cinta Luar Biasa, Jangan Rubah Takdirku, Ku Bisa Tanpa Mu, Anugerah Terindah dan banyak lagi.
Malah Andmesh sempat membuat panggilan video bersama dengan penyanyi Mahalini sebelum menyanyikan lagu ciptaannya Sial khas buat peminatnya yang meminati lagu tersebut.
Konsert yang berlangsung selama dua jam itu berjaya membuai jiwa hampir 2,000 penonton dengan lagu-lagu cinta serta galau yang menyentuh perasaan.
Kelihatan kehadiran ramai artis tempatan yang hadir ke Andmesh Kamaleng Live In KL dibawakan khas oleh Kharisma Music Talent antaranya adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Marsha Milan, Nadia Anuar, Aliff Aziz, dan Bella Astillah. -- Gempak
Gempak
Tue Jun 06 2023
Andmesh tidak dapat menahan perasaannya lebih-lebih lagi dua adik perempuan yang hadir di konsertnya pada malam berkenaan naik ke atas pentas lalu memeluknya. -- Gempak
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Kenang pemergian ibu, Andmesh buat Kuala Lumpur sebak
Air mata Andmesh terus gugur bercucuran apabila menyanyikan lagu berjudul Hanya Rindu iaitu lagu khas buat pemergian ibunya, Bernadeta Laure sebelum ini.