KUALA LUMPUR: Umum mengenali pelakon terkenal, Rozita Che Wan sebagai seorang yang sentiasa mementingkan penampilan diri.
Setiap rekaan fesyen yang membaluti tubuh Rozita atau mesra disapa Che Ta sering menjadi tumpuan peminatnya.
Terbaharu, ketika menghadiri Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2021 di sebuah hotel terkemuka tanah air petang semalam, kelibatnya menjadi bahan perdebatan penonton.
Pelakon kelahiran Kedah yang juga 'muse' pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail hadir dengan persalinan yang luar biasa apabila berfesyen dengan menutup mukanya dengan kain jaring atau 'net' yang ditinta dengan batu berlian berwarna perak sepanjang majlis berlangsung.
Berikutan penampilan itu, ibu kepada tiga cahaya mata itu sentiasa diperhatikan sepanjang acara berkenaan berlangsung.
Pada acara itu, Che Ta menyarung gaun moden rona hitam rekaan Ezuwan menggunakan fabrik jenis twill yang dijahit penuh dengan lebih 5,000 butir batu berlian dan 'chunky bead'.
Astro AWANI difahamkan, gaun berkenaan menelan kos RM50,000 itu dan Ezuwan mengambil masa selama sebulan untuk menghasilkannya.
Menurut Ezuwan, ini adalah kerana persalinan itu dihasilkan dengan jahitan tangan.
Bahkan, katanya, sarung tangan dan pelitup muka rona sama masing masing menggunakan 'net' juga bertatah berlian berwarna perak.
Tidak hanya membiarkan Che Ta sendirian, sebaliknya, Ezuwan juga turut mengenakan sut hitam berharga
RM40,000 menggunakan fabrik broket dilengkapi 10,000 butir batu 'chunky bead' dan berlian jahitan tangan.
Kemunculan mereka pada acara berkenaan membuatkan ramai yang menggambarkan Che Ta dan Ezuwan seperti pasangan selebriti Hollywood, Kim Kardashian dan Kanye West.
Sekalipun, kelihatan menawan dan unik, namun, Che Ta tidak terlepas dihujani pelbaga pertanyaan antaranya yang bertanya tidakkah pakaian itu merimaskan?
Bagi empunya diri, dia ada sebab kenapa bersetuju untuk mengenakan persalinan itu.
Kata Che Ta, persetujuannya adalah disebabkan menjadi sifatnya gemar melalui pengalaman berbeza seiring dengan perkembangan semasa.
Dalam masa sama, Che Ta sentiasa menghormati dan menghargai rekaan Ezuwan yang juga sahabatnya itu.
"Kami memang berkawan baik. Malah saya rasa permintaannya untuk berfesyen macam ini bukan selalu atau seperti lazimnya. Jadi kenapa saya nak menolak. Ia satu kelainan.
"Lagipun pelitup muka itu menggunakan kain jaring yang ada terang terang ada lubang atau 'udara'. Memanglah saya boleh bernafas. Kalau guna kain yang bertutup semua tanpa ada 'udara', saya sendiri fikir banyak kali. Barangkali, semput juga saya jadinya.
"Cuma sedikit mencabar saya harus kekal dengan gaya sebegitu sepanjang majlis. Tetapi sesekali orang tak payah tengok muka kita dalam acara seumpama itu, kenapa tidak. Telefon bimbit pun saya terpaksa abaikan ketika majlis berlangsung," katanya yang turut menjadi penyampai trofi pada acara itu.
Sementara itu, Ezuwan pula menyifatkan pemilihan Che Ta sebagai ‘wajah’ jenamanya itu adalah tepat kerana aktres berkenaan memiliki ciri-ciri dan karakter sebagai seorang peragawati.
"Apabila diundang ke acara itu, nama Che Ta terlintas dan pantas bermain di minda. Cuma apabila dia bersetuju nak tutup wajahnya saya sendiri tak menyangka.
"Semua tahu, dia antara selebriti yang mengutamakan penampilan diri dengan wajah siap bersolek cantik.
Tapi dia jenis yang sederhana dan mudah diajak berbincang.
"Tiada istilah meniru atau dibayangi sesiapapun. Fesyen ini pendek kata kenalah dengan musim pandemik," kata pereka fesyen yang juga bapa kepada dua cahaya mata itu lagi.
Astro Awani
Thu Nov 25 2021
Rozita Che Wan mengenakan persalinan yang dijahit penuh dengan lebih 5,000 butir batu berlian dan 'chunky bead' bernilai RM50,000 yang bertakhta berlian rekaan Ezuwan Ismail.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
'Tiada beza pun saya dengan orang lain' - Che Ta nafi hina golongan B40
Che Ta berkata kenyataan tidak benar itu boleh mengundang kecaman orang ramai terhadap selebriti.
Hasrat Che Ta rai ulang tahun perkahwinan terbantut akibat COVID-19
Ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui keadaannya sedikit lemah.
"Takut reput je muka hang" - Che Ta tegur Aaisyah sebab...
Aaisyah sentiasa mahu kelihatan cantik biarpun dalam keadaan tidur.
Che Ta bingung IG digantung, didakwa lakukan aktiviti agresif
Rozita Che Wan bingung dan kecewa apabila IG digantung atas alasan kononnya melakukan aktiviti agresif sejak 15 September lalu.
20 tahun menunggu, Hafiz Nafiah akhirnya arahkan filem sulung 'Mat Kola'
Hafiz berkata, filem Mat Kola terbitan AA Success Pictures Sdn Bhd itu cukup bermakna kerana sudah lama menanti peluang mengarah filem pertama.
Hadiah bermakna buat Che Ta di usia 50 tahun, berpindah ke banglo mewah RM10 juta
Banglo yang terletak di Petaling Jaya itu akhirnya siap juga selepas empat tahun hadapi pelbagai masalah.
Inai keluaran Che Ta dijual dengan harga 'Rahmah'
Sejak dilancarkan Jun tahun lalu, inai segera mampu milik, Mazaville (Inai Che Ta) diusahakan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Anas Zahrin terus mencuri perhatian.
Che Ta jual tudung bertatah mutiara pada harga mampu milik
Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan tampil memperkenalkan keluaran tudung bawal bertatahkan mutiara di media sosial, sejak semalam.
Selepas menanti empat tahun, Che Ta sambut raya di rumah banglo
Che Ta teruja rumah banglo miliknya siap beberapa hari sebelum Ramadan berlabuh.
Suami, anak pernah positif COVID-19, Che Ta lapang dada terima ujian
Rancangan untuk bercuti di sebuah pulau persendirian di Langkawi juga terpaksa ditunda.