awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Modi terpaksa campur tangan isu filem 'Padmavati'

Agensi
Agensi
07/12/2017
13:20 MYT
Kerajaan Modi terpaksa campur tangan isu filem 'Padmavati'
Sejarahwan akan mengkaji semula filem Padmavati bersama ahli panel CBFC . - Gambar fail
Kerajaan India dibawah pimpinan Narendra Modi akhirnya terpaksa campur tangan dalam isu filem epik, Padmavati.
Memetik laporan Times of India, Kementerian Kesatuan Penerangan dan Penyiaran meminta bantuan dari Kementerian Pembangunan Sumber Manusia untuk mencadangkan beberapa pakar sejarah terkemuka untuk menyertai panel yang akan ditubuhkan bagi mengkaji semula filem itu.
Panel sejarahwan ini bertanggungjawab untuk mengkaji semula filem kontroversi ini bersama-sama ahli panel Central Board of Film Certification (CBFC) sebelum memberi lampu hijau untuk ditayangkan.
Di India, Padmavati mencuri tumpuan pengkritik terutamanya kumpulan konservatif yang mendakwa filem itu mengubah fakta sejarah.
Pengarah filemnya, Sanjay Leela Bhansali menafikan dakwaan sekeras-kerasnya.
Padmavati turut dibarisi pelakon Bollywood, Shahid Kapoor dan Ranveer Singh.
Sementara itu, pelakon Saif Ali Khan berkata tarikh tayangan filem barunya, Kaalakaandi mungkin akan bertempur dengan tarikh tayangan Padmavati jika mendapat kelulusan.
Menurut laporan DNA India, pelakon yang terkenal dengan lakonannya dalam Rangoon, Love Aaj Kal dan Kurbaan berkata, "jika Padmavati ditayangkan pada 12 Januari, kami mungkin akan mengalihkan tarikh tayangan Kaalakaandi. Saya berharap tarikhnya tidak akan bertembung kerana saya sangat bangga dengan hasil Kaalakaandi."
Tambah Saif, walaupun beliau berasa bangga melihat dua filem yang berlainan genre ditayangkan pada masa yang sama, pengarah dan penerbit tidak selesa dengan idea itu.
Tarikh tayangan Padmavati dijadual penayangan pada 1 Disember terpaksa ditunda sehingga mendapat kelulusan dari CBFC.
Trailer pertama filem Kaalakaandi dikeluarkan pada Rabu dan mendapat 2 juta tontonan dalam masa 20 jam.
Topic Berkaitan
#Central Board of Film Certification
#Deepika Padukone
#India
#Kaalakaandi
#Kementerian Pembangunan Sumber Manusia
#Narendra Modi
#Padmavati
#Saif Ali Khan
#Sanjay Leela Bhansali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan