awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang fokus pelancongan kapal persiaran nilai tinggi, manfaat peluasan GSPC
Jeganathan teliti beberapa perkara sebelum mohon kembali ke Olahraga Malaysia
Bukan nak berlawan dengan artis luar, Siti Nurhaliza mahu angkat martabat seni tempatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerana peminat, Cristiano Ronaldo sanggup jadi pengemis

Gempak
Gempak
26/01/2015
05:04 MYT
Kerana peminat, Cristiano Ronaldo sanggup jadi pengemis
Aksi Ronaldo itu dirakamkan oleh seorang penyanyi terkenal Sepanyol, Juan Pena yang turut berada di tempat kejadian. - Foto Astro Gempak
Bintang bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo sanggup menyamar sebagai pengemis semata-mata mahu memberikan kejutan buat peminat ciliknya.
Cristiano Ronaldo yang memilih untuk menjadi seorang pengemis telah menyarungkan baju yang menampakkan dia sedikit berisi dan juga memakai jambang palsu serta berambut panjang.
Sudah pasti penampilannya berbeza dan tidak seorang pun yang mengenali dirinya.
Menurut laporan Mirror.UK, Kapten Portugal itu juga turut mempamerkan aksi bermain bola sebelum memberikan kejutan kepada seorang budak lelaki dengan memberikan sebiji bola yang ditandatanganinya.
Kehadiran Ronaldo mula disedari orang ramai apabila dia mula menanggalkan jambang dan juga rambut palsunya itu di hadapan peminat cilik tersebut.
Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo
'Pengemis' yang mendedahkan dirinya adalah Cristiano Ronaldo - Sumber Foto Astro Gempak
Aksi Ronaldo itu dirakamkan oleh seorang penyanyi terkenal Sepanyol, Juan Pena yang turut berada di tempat kejadian.
Peminat yang begitu gembira dengan kehadiran pemain bola sepak kesayangan mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan Ronaldo juga begitu sabar melayan karenah mereka.
Ronaldo atau lebih dikenali dengan panggilan CR7 sebelum ini cukup terkenal dengan sikap peramah dan sering memberikan kejutan untuk peminat tersayang.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#CR7
#Cristiano Ronaldo
#pengemis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan