awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama Altimet, pengurus tubuhkan syarikat pengurusan sendiri

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2021
16:41 MYT
Kerjasama Altimet, pengurus tubuhkan syarikat pengurusan sendiri
Altimet bersama bakat di bawah naungan SVL TAN Management. - Foto/Instagram/@svltanmgmt
KUALA LUMPUR: Penyanyi rap terkenal, Altimet mengembangkan kariernya dalam industri hiburan dengan berganding bahu bersama pengurusnya, Yasmeen Zainal menubuhkan syarikat mereka sendiri iaitu SVL TAN Management.
Menurut Altimet yang juga merupakan Pengarah Kreatif SVL TAN Management, pengalaman hampir 35 tahun berada dalam industri membuatkan mereka bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh.
“Apa yang membezakan SVL TAN Management dengan yang lain? Sudah tentu pengalaman 35 tahun kami di dalam industri hiburan. Kami mempunyai pengetahuan yang mendalam dan kini sedia untuk menjangkau melebihi jangkaan.
“Kami juga sedia untuk menggegarkan dan menetapkan tanda aras baharu industri bagi rakan-rakan kami dalam industri hiburan tanah air,” ujarnya.
Dalam pada itu, CEO SVL TAN Management, Yasmeen Zainal menyatakan peranannya sebagai pengurus Altimet adalah penyebab utama dia ingin memulakan syarikat pengurusannya sendiri.
“Saya amat bersemangat tentang industri hiburan dan sebagai pengurusnya, ia telah memberikan saya peluang untuk melihat bagaimana kesemua di dalam industri ini bergerak.
“Ia merupakan peranan 360 darjah yang menyeluruh meliputi kesemua aspek kariernya dan amatlah menakjubkan untuk melihat bagaimana ianya berkembang.
“Pengalaman yang ditimba selama ini bersama dengan pengetahuannya adalah apa yang saya harapkan boleh melonjakkan industri ini kepada tahap yang lebih tinggi.
"Kami memulakan SVL TAN ketika COVID-19 melanda awal tahun lalu dan kami sangat bersyukur kerana berjaya menjalankan operasi seperti biasa walaupun terdapat banyak cabaran yang ditimbulkan oleh wabak ini.
"Sebenarnya kami ingin melancarkan SVL TAN secara rasmi dari awal tahun lepas namun kami ingin mengutamakan bakat dan memberikan fokus pada perniagaan terlebih dahulu," jelasnya.
SVL TAN Management kini mempunyai lima bakat tempatan di bawah pengurusan mereka iaitu chef selebriti, Sherson Lian; penyampai radio, Haniff Hamzah; penyanyi, Hazama; Saint Kylo dan Altimet.
Topic Berkaitan
#Altimet
#hiburan
#sayrikat pengurusan
#SVL TAN Management
#Yasmeen Zainal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan